awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak dua tahun dibaham buaya, hanya tinggal tengkorak

Agensi
Agensi
02/07/2019
01:59 MYT
Kanak-kanak dua tahun dibaham buaya, hanya tinggal tengkorak
Dua ekor buaya tersebut 'berebut' membaham tubuh mangsa. Gambar kecil: Rom Roath Neary
Seorang kanak-kanak perempuan maut dibaham buaya selepas terjatuh ke dalam kandang reptilia itu dalam kejadian mengerikan di Kemboja.
Rom Roath Neary, 2 tahun, dipercayai memanjat pagar di kandang buaya milik keluarganya di Siem Reap pada akhir minggu lalu.
Bapanya turut memanjat sendiri kandang tersebut untuk menyelamatkan anaknya, namun hanya menjumpai tengkorak mangsa.
Jurucakap polis, Och Sophen berkata, ibu mangsa tidak sedar tentang kehilangan Rom kerana dia sibuk menjaga bayinya yang baru lahir.
Perkara itu hanya disedari suaminya yang pulang ke rumah tidak lama kemudian.
Dia terkejut selepas mendapati anaknya menjadi 'makanan' buaya peliharaannya.
"Mangsa memanjat halangan pada pagar yang dibina di kandang buaya tersebut. Kami telah melancarkan siasatan dan turut memberi amaran kepada semua keluarga yang ada kandang buaya supaya sentiasa mengawasi pergerakan anak mereka," tegasnya.
Rakaman video yang sempat diambil saksi ketika bapa Rom memasuki kandang itu turut dikongsi di Facebook dan platform perkongsian video.
Topic Berkaitan
#buaya
#dibaham
#Kanak-kanak
#maut
#Rom Roath Neary
#siem reap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan