Skip to main content

Dunia

Hujan lebat cetus runtuhan tebing pasir di Gaza, lima maut

Seorang lelaki Palestin yang dipindahkan berdiri di sebuah kem khemah yang sebahagiannya ditenggelami air ketika hujan lebat melanda Bandaraya Gaza. - Foto REUTERS
Seorang lelaki Palestin yang dipindahkan berdiri di sebuah kem khemah yang sebahagiannya ditenggelami air ketika hujan lebat melanda Bandaraya Gaza. - Foto REUTERS
Advertisement

GAZA: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh, termasuk empat kanak-kanak, selepas hujan lebat menyebabkan sebuah tebing pasir runtuh di tengah Gaza, menurut laporan Al Jazeera.

Jurucakap Pertahanan Awam Palestin berkata kejadian itu berlaku di Deir el-Balah apabila runtuhan berkenaan menghempap beberapa khemah yang menempatkan penduduk yang dipindahkan akibat konflik, lapor Al Jazeera.

Beliau berkata beberapa mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan dari kawasan runtuhan dan dibawa mendapatkan rawatan.

Advertisement

Menurut Al Jazeera, pasukan Pertahanan Awam kini meneruskan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan kemungkinan masih terdapat mangsa yang terperangkap di bawah timbunan pasir.

Kejadian itu berlaku ketika hujan lebat melanda beberapa kawasan di Gaza, sekali gus memburukkan lagi keadaan kemanusiaan yang dihadapi ribuan penduduk yang tinggal di khemah dan penempatan sementara.

Advertisement

Pihak berkuasa setakat ini belum mengeluarkan maklumat lanjut mengenai jumlah sebenar mangsa yang terjejas, namun operasi mencari mangsa yang terselamat masih diteruskan, menurut Al Jazeera.

 

 

Must Watch Video

Advertisement