Skip to main content

Dunia

Nvidia siasat dakwaan hubungan CEO dengan individu disyaki perisik China

Huang mengakui beliau berlaku curang terhadap isterinya dan memohon maaf kepada keluarga serta mengambil tanggungjawab penuh atas tindakannya. - Foto fail/REUTERS
Huang mengakui beliau berlaku curang terhadap isterinya dan memohon maaf kepada keluarga serta mengambil tanggungjawab penuh atas tindakannya. - Foto fail/REUTERS

Ringkasan AI

  • Nvidia melancarkan siasatan bebas selepas laporan hubungan CEO Jensen Huang dengan wanita disyaki perisik Beijing.
  • Huang mengakui berlaku curang dan memohon maaf, sementara Nvidia menegaskan tiada rahsia syarikat atau keselamatan negara terjejas setakat ini.
  • Kongres AS turut meminta Huang beri keterangan mengenai protokol keselamatan, manakala China menafikan dakwaan operasi perisikan tersebut.
Advertisement

WASHINGTON: Nvidia melancarkan siasatan bebas selepas muncul laporan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, Jensen Huang, mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang disyaki menjadi perisik Beijing.

Menurut laporan BBC yang memetik The New York Times, pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS) percaya ahli perniagaan China, Alice Huang, yang mempunyai hubungan rapat dengan Huang, terlibat dalam aktiviti perisikan bagi pihak kerajaan China.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Huang mengakui beliau berlaku curang terhadap isterinya dan memohon maaf kepada keluarga serta mengambil tanggungjawab penuh atas tindakannya.

Advertisement

Lembaga pengarah Nvidia turut mengumumkan siasatan bebas susulan dakwaan bahawa pengasas syarikat itu menjadi sasaran usaha perisikan asing.

Bagaimanapun, syarikat teknologi gergasi AS itu berkata setakat ini tiada petunjuk bahawa rahsia syarikat atau keselamatan negara telah terjejas.

Advertisement

Nvidia, yang bernilai kira-kira AS$4.5 trilion, memainkan peranan penting dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI) menerusi pengeluaran cip yang digunakan syarikat seperti OpenAI dan Meta.

Kontroversi itu turut menarik perhatian Kongres AS, dengan beberapa anggota Republikan meminta Huang memberi keterangan berhubung protokol keselamatan Nvidia terhadap ancaman perisikan asing.

China sebelum ini menolak dakwaan bahawa ia menjalankan operasi perisikan yang menyasarkan CEO Nvidia, dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai "spekulasi tidak berasas".

 

 

Must Watch Video

Advertisement