awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak Malaysia maut jatuh kenaikan berputar di Adelaide

Agensi
Agensi
13/09/2014
13:16 MYT
Kanak-kanak Malaysia maut jatuh kenaikan berputar di Adelaide
Kenaikan AirMaxx 360 di Royal Adelaide Show. Sumber: YouTube
Polis Australia Selatan sedang menyiasat kematian kanak-kanak perempuan Malaysia yang terpelanting "seperti anak patung" dari permainan AirMaxx 360 petang semalam di Royal Adelaide Show.
Mangsa kemudian dirawat oleh paramedik dan dibawa ke Hospital Adelaide tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.
Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Malinda Dunwoodie, beliau berada hampir dengan permainan itu apabila terlihat kanak-kanak terbabit "terbang di udara".
"Ia amat mengejutkan - macam filem seram...semua orang menjerit," katanya kepada akhbar The Advertiser.
Permainan berukuran 15 meter panjang itu berbentuk labah-labah gergasi dan mampu membawa 24 orang pada satu-satu masa.
Seorang jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia memberitahu AFP bahawa pihaknya sedang berusaha dengan Konsul Kehormat di Australia Selatan untuk membantu keluarga terbabit.
Dalam satu kenyataan mereka berkata kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun itu dilaporkan melawat Australia dengan keluarganya.
Permainan yang beroperasi untuk kali pertama itu akan ditutup sehingga acara berakhir untuk siasatan, kata seorang pegawai agensi kesihatan dan keselamatan pekerjaan Australia Selatan (SafeWork SA).
Topic Berkaitan
#AirMaxx 360
#Australia
#Royal Adelaide Show
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan