awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanser bekas Presiden Uruguay merebak ke hati

Agensi
Agensi
10/01/2025
00:45 MYT
Kanser bekas Presiden Uruguay merebak ke hati
Doktor perubatan yang merawat bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica memberitahu, hasil pemeriksaan kesihatan terhadap bekas pemimpin yang terkenal dengan gaya hidup sederhana itu mendapati metastasis kanser esofagus mula merebak ke hati.- Gambar Reuter
MONTEVIDEO: Doktor perubatan yang merawat bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica memberitahu, hasil pemeriksaan kesihatan terhadap bekas pemimpin yang terkenal dengan gaya hidup sederhana itu mendapati metastasis kanser esofagus mula merebak ke hati.
Menurut Dr Raquel Pannone, meskipun hasil imbasan sebelum ini tidak menunjukkan sebarang tanda kanser merebak, imbasan terkini menunjukkan perubahan yang ketara.
"Kajian imbasan telah dijalankan yang menunjukkan kawasan hati. Inilah perkongsian maklumat terkini, kewujudan imej yang menunjukkan metastasis kanser esofagus ke hati.
"Hasil imbasan imej yang dijalankan beberapa bulan lalu tidak menunjukkan sebarang tanda merebak, hasil terkini menunjukkan tanda berbeza. Itu perubahan dalam 10 hari terakhir ini. Tetapi itu adalah perkembangan biasa seperti yang kita lihat pada pesakit yang berbeza," katanya.
Dalam masa sama, Pannone mengelak daripada memberikan jangka masa hayat Mujica.
Beliau menyebut perjuangan Mujica yang kini mencecah usia 90 tahun, turut berdepan vaskulitis dan penyakit buah pinggang yang teruk.
Mujica yang menyandang jawatan Presiden Uruguay pada 2010 hingga 2015 menjalani gaya hidup sederhana, tidak bermegah dengan harta dan jauh sekali untuk bermewah menjadikan beliau seorang dihormati dan disegani.
Topic Berkaitan
#kanser
#Uruguay
#Jose Mujica
#vaskulitis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan