awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanye West beli rangkaian media sosial Parler

Faida Rahim
Faida Rahim
18/10/2022
09:17 MYT
Kanye West beli rangkaian media sosial Parler
Perjanjian dengan West itu dikatakan akan mengubah dunia dan cara dunia berfikir mengenai kebebasan bersuara. - Foto REUTERS
LOS ANGELES: Selepas Instagram dan Twitter mengehadkan akaunnya kerana dilabel sebagai anti-semitik, penyanyi rap terkenal Kanye West bakal membeli platform rangkaian sosial Parler.
Memetik laporan Reuters, Kanye West yang kini dikenali sebagai Ye bersetuju membeli platform yang terkenal dalam kalangan golongan konservatif di Amerika Syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Induk Parler, Parlement Technologies, George Farmer berkata rundingan perjanjian dengan Ye bermula di Minggu Fesyen Paris yang baru berakhir.
“Perjanjian dengan West itu akan mengubah cara dunia berfikir mengenai kebebasan bersuara.
“Ye telah menyertai Parler pada Isnin lalu dan mempunyai kira-kira 91 pengikut pada masa pengumuman dibuat. Beliau kini mempunyai 3,900 orang pengikut.
"Dalam dunia dimana pendapat konservatif dianggap sebagai kontroversi, kita perlu memastikan kita mempunyai kebebasan bersuara," kata Farmer dalam satu kenyataan.
Parler yang berpangkalan di Nashville, Amerika Syarikat berjaya menarik pelaburan sebanyak AS$56 juta (RM264.1 juta) dan menjangka rundingan itu berjaya diselesaikan menjelang suku keempat 2022. Namun nilai perjanjian tidak diumumkan.
Parler dilancarkan pada 2018 menjadi ruang bersuara bagi pengguna sayap kanan yang mendakwa akaun mereka disekat di platform media sosial.
Parler adalah salah satu daripada beberapa platform media sosial, termasuk Gettr, Gab dan Truth Social, yang meletakkan diri mereka sebagai platform alternatif kebebasan bersuara berbanding Twitter.
Rangkaian itu merupakan salah salah satu daripada beberapa dalam pasaran media sosial konservatif.
Ia pernah mempunyai lebih 20 juta pengguna sebelum ditarik daripada aplikasi Apple dan Google.
Topic Berkaitan
#Parler
#media sosial
#AS
#Kanye West
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan