Skip to main content

Malaysia

COMM@LiT 2026 perkukuh penglibatan komuniti mampan melalui pelaksanaan fasa satu

GEORGE TOWN, PULAU PINANG, 16 Mei — COMM@ Love In Transit 2026 (COMM@LiT 2026) meneruskan kerjasama tahun ketiga berturut-turut bersama Pusat Transit Harapan Pulau Pinang dengan sokongan berterusan daripada Service-Learning Malaysia–University for Society (SULAM-USM).
Penasihat Projek, Prof. Dr. Jamilah Ahmad bersama Dr. Suriati Saad dan pelajar berdiri di bawah sepanduk rasmi pada pelancaran kempen Comm@Love In Transit 2026. - Jabatan Media COMM@LiT 2026

GEORGE TOWN: COMM@ Love In Transit 2026 (COMM@LiT 2026) meneruskan kerjasama tahun ketiga berturut-turut bersama Pusat Transit Harapan Pulau Pinang dengan sokongan berterusan daripada Service-Learning Malaysia–University for Society (SULAM-USM). 

Bertemakan “Social Responsibility, Empowering Lives”, inisiatif dua fasa ini diwujudkan sebagai projek Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) jangka panjang yang bertujuan memperkukuh pembangunan komuniti mampan melalui penglibatan dan pemerkasaan berterusan.

Fasa pertama COMM@LiT 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 16 Mei 2026 oleh pelajar tahun kedua Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM) di bawah bimbingan Penasihat Projek, Profesor Dr Jamilah Ahmad.

Dalam ucapan pembukaan, Dr Suriati Saad selaku Pengerusi Program Prasiswazah dan Penyelaras SULAM Pusat Pengajian Komunikasi USM menegaskan bahawa COMM@LiT 2026 bukan sekadar program jangkauan komuniti jangka pendek, sebaliknya memberi pengetahuan praktikal, kemahiran mampan dan peluang penyertaan aktif kepada komuniti bagi menyumbang kepada kesejahteraan jangka panjang serta pemerkasaan sosial.

Selaras dengan Sustainable Development Goals (SDGs) 2 Zero Hunger, SDG 3 Good Health and Well-Being, SDG 11 Sustainable Cities and Communities, SDG 12 Responsible Consumption and Production, SDG 13 Climate Action, dan SDG 17 Partnership for Goals, Fasa Pertama COMM@LiT 2026 memperkenalkan pelbagai inisiatif berteraskan kelestarian bagi meningkatkan kesedaran alam sekitar, pendidikan kesihatan dan penglibatan komuniti.

Image
GEORGE TOWN, PULAU PINANG, 16 Mei — COMM@ Love In Transit 2026 (COMM@LiT 2026) meneruskan kerjasama tahun ketiga berturut-turut bersama Pusat Transit Harapan Pulau Pinang dengan sokongan berterusan daripada Service-Learning Malaysia–University for Society (SULAM-USM).
Prof. Dr. Jamilah (barisan kedua, enam dari kiri) bersama Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian), George Town.


Antara aktiviti yang dijalankan termasuk bengkel pengkomposan, eco-enzyme dan pertanian bandar, inisiatif kitar semula, aktiviti gotong-royong komuniti serta program kesedaran kesihatan pergigian.

Kira-kira 60 penghuni Pusat Transit Harapan Pulau Pinang mengambil bahagian secara aktif sepanjang program berlangsung, sekali gus mencerminkan penglibatan komuniti yang positif serta sokongan menggalakkan terhadap amalan kehidupan mampan yang diperkenalkan menerusi inisiatif tersebut.

Kejayaan Fasa Pertama COMM@LiT 2026 turut diperkukuh menerusi penglibatan pakar dan penceramah jemputan daripada pelbagai institusi termasuk Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Pusat Kajian Polisi USM, Pusat Pengajian Sains Biologi USM serta Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian), George Town, Pulau Pinang.

Susulan kejayaan pelaksanaan fasa pertama, COMM@LiT 2026 akan diteruskan pada 6 Jun 2026 dengan pelbagai aktiviti berfokuskan seni untuk kesejahteraan mental, inisiatif saringan kesihatan dan pengembaraan kesedaran alam sekitar, sekali gus memperkukuh komitmen program terhadap pembangunan komuniti yang holistik dan mampan.

Image
GEORGE TOWN, PULAU PINANG, 16 Mei — COMM@ Love In Transit 2026 (COMM@LiT 2026) meneruskan kerjasama tahun ketiga berturut-turut bersama Pusat Transit Harapan Pulau Pinang dengan sokongan berterusan daripada Service-Learning Malaysia–University for Society (SULAM-USM).
Pelajar dari jabatan aktiviti COMM@LiT 2026 bersama Penceramah Jemputan, Dr. Hasnuri Mat Hassan dan penasihat program, Prof. Dr. Jamilah.


 

Must Watch Video

Advertisement