awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal angkasa China mendarat di bahagian gelap Bulan

Agensi
Agensi
03/01/2019
06:52 MYT
Kapal angkasa China mendarat di bahagian gelap Bulan
Ia kali pertama pendaratan dilakukan dibahagian Bulan yang tidak menghadap Bumi. - Foto Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China
Sehari selepas NASA mengumumkan kejayaan New Horizon tiba di objek paling jauh pernah diteroka di angkasa, China pula mengumumkan kejayaan kapal angkasa robotiknya mendarat di bahagian gelap Bulan.
Menurut kenyataan media pada Khamis, kapal angkasa Chang’e-4 mendarat di South Pole-Aitken Basin pada jam 10.16 pagi waktu tempatan.
Kapal angkasa itu membawa instrumen untuk mengkaji keadaan geologi bahagian tersebut selain eksperimen biologi.
Ia kali pertama pendaratan dilakukan dibahagian Bulan yang tidak menghadap Bumi.
Imej bahagian gelap Bulan pertama yang dihantyar Chang'e-4 ke Bumi - Foto Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China
Imej bahagian gelap Bulan pertama yang dihantar Chang'e-4 ke Bumi - Foto Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China
Misi pendaratan di bahagian gelap Bulan merupakan misi berisiko dan jauh lebih kompleks berbanding misi Chang’e-3 pada 2013 yang berjaya mendarat di bahagian terang Bulan, Mare Imbrium.
Menurut NASA, bahagian gelap Bulan mempunyai permukaan lebih tebal, pejal serta lebih banyak kawah selain imej Bumi yang tidak kelihatan
Cabaran utama pendaratan termasuk tiada hubungan langsung komunikasi radio dengan Bumi.
Justeru Chang’e-4 perlu berhubung dengan Bumi melalui satelit Queqiao yang dilancarkan Mei tahun lepas.
Kapal angkasa tersebut turutn membawa 3 kilogram kentang dan benih tumbuhan, dan telur ulat sutera untuk tujuan eksperimen.
Selepas ini China akan melancarkan Chang’e-5 dan 6 untuk tujuan membawa pulang sampel tanah dan batuan Bulan ke Bumi.
Topic Berkaitan
#bulan
#Chang'e-4
#China
#CNSA
#Mare Imbrium
#mendarat di bulan
#Misi angkasa lepas
#moon
#Moon landing
#NASA
#pendaratan di bulan
#space mission
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan