awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal Flotila terpaksa berpatah balik akibat cuaca buruk

Pia Ernadya
Pia Ernadya
01/09/2025
15:05 MYT
Kapal Flotila terpaksa berpatah balik akibat cuaca buruk
Kapal-kapal flotila yang membawa bantuan kemanusiaan serta aktivis antarabangsa terpaksa berpatah balik ke pelabuhan di Barcelona, Sepanyol akibat cuaca buruk. - Foto REUTERS
KAPAL-KAPAL flotila yang membawa bantuan kemanusiaan serta aktivis antarabangsa terpaksa berpatah balik ke pelabuhan di Barcelona, Sepanyol akibat cuaca buruk.
Menurut laporan Reuters yang memetik Ahli Misi Flotila Global Sumud, Yasemin Acar, setakat ini belum ada kepastian bila pelayaran akan diteruskan, namun dijangka dalam masa terdekat.
“Kapten kapal memaklumkan bahawa ombak setinggi 1.5 meter dan angin bertiup pada kelajuan 30 knot (55.5 km/j), jadi kami terpaksa membuat keputusan.
"Kami mempunyai bot-bot besar yang tidak terjejas dengan keadaan cuaca ini, tetapi kami juga perlu memastikan keselamatan bot-bot kecil.
"Kami sedang berbincang dengan kapten-kapten sekarang dan mereka sedang meneliti keadaan cuaca. Namun, kami menjangka akan berlayar dalam masa terdekat," katanya.
Antara aktivis yang menyertai misi ini termasuk pelakon Game of Thrones Liam Cunningham serta aktivis iklim Greta Thunberg.
Flotila yang terdiri daripada puluhan bot itu bertujuan memasuki sekatan laut Israel dan menghantar makanan serta bantuan kemanusiaan ke Gaza yang telah musnah akibat hampir dua tahun perang.
Israel bagaimanapun mempertahankan sekatan laut yang dikenakan sejak 2007 sebagai langkah menghalang penyeludupan senjata kepada pejuang Hamas.
Rejim itu turut menyifatkan cubaan flotila terdahulu termasuk yang disertai Thunberg pada Jun lalu sebagai gimik propaganda menyokong kumpulan pejuang itu.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#kapal flotila
#Flotila Global Sumud
#bantuan ke Gaza
#sekatan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan