KAPAL perang Alborz milik Iran dilaporkan memasuki Laut Merah melalui selat Bab al-Mandeb yang strategik.
Iran mengerahkan kapal perang itu ketika ketegangan semakin memuncak di laluan air yang penting di peringkat global.
Agensi berita Tasnim melaporkan, kapal pemusnah Alborz sudah memasuki Laut Merah melalui laluan air Bab al-Mandeb di hujung selatan Laut Merah, menghubungkan Teluk Aden di Lautan Hindi.
Jelas laporan agensi itu, kapal armada tentera laut Iran beroperasi di kawasan itu untuk beberapa tujuan antaranya menjaga laluan perkapalan dan menghalau 'lanun' sejak tahun 2009.
Disember lepas, Amerika Syarikat (AS) menubuhkan pasukan petugas tentera laut gabungan 10 negara untuk menamatkan serangan peluru berpandu dan dron kumpulan Houthi ke atas kapal komersial yang transit di Laut Merah.
Susulan serangan itu, beberapa syarikat perkapalan bertindak menangguhkan operasi pelayaran melalui perairan itu.
Britain, Perancis, Bahrain dan Itali antara negara yang menyertai inisiatif keselamatan multinasional itu.
Kumpulan Houthi sebelum ini mendakwa melakukan serangan itu bagi mempamer solidariti mereka kepada penduduk Palestin yang terjejas akibat pengeboman berterusan Zionis ke atas Gaza.
Laporan berita Tasnim itu disiarkan sehari selepas helikopter tentera laut AS menembak kumpulan Houthi yang cuba merampas kapal kargo di perairan Yaman sehingga 10 anggota kumpulan itu terbunuh.
Ia juga disiarkan selepas komander tertinggi pengawal revolusi Iran di Syria, Sayyed Razi Mousavi terbunuh dalam serangan udara Israel di luar Damsyik minggu lalu.
Sementara itu, Al Jazeera melaporkan, bahawa tindakan Iran menghantar kapal perang ke kawasan perairan itu bukan perkembangan baharu.
Astro Awani
Wed Jan 03 2024
Kapal perang milik tentera Iran, Alborz, dilihat di Laut Merah. - Foto X/Ati Maan
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Iran 'bergegar' lagi, satu nyawa melayang
Gempa bumi kali ini melanda Alborz, utara Iran.