LONDON: Sebuah kapal tangki di luar pesisir Fujairah, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dilaporkan diserang oleh “objek tidak dikenal pasti” ketika melalui Selat Hormuz, menurut Agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO).
Dalam satu kenyataan, UKMTO berkata kapal berkenaan dilaporkan terkena beberapa objek projektil, namun semua kru berada dalam keadaan selamat dan tiada pencemaran alam sekitar dilaporkan.
Advertisement
Insiden itu berlaku hanya beberapa jam selepas UKMTO memaklumkan sebuah kapal kargo pukal diserang oleh beberapa bot kecil di luar pantai Iran, kira-kira 11 batu nautika (18 kilometer) barat Sirik.
Kejadian terbaharu ini menambah kebimbangan terhadap keselamatan perkapalan di Selat Hormuz, laluan strategik perdagangan minyak dunia, ketika ketegangan serantau terus memuncak.