Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: Lima tahun berlalu, memori mengundi ketika COVID-19 masih segar

SJKC Malim merupakan antara pusat pengundian dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang yang mempunyai 54,910 pemilih berdaftar. - Astro AWANI
SJKC Malim merupakan antara pusat pengundian dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang yang mempunyai 54,910 pemilih berdaftar. - Astro AWANI

Ringkasan AI

  • Pengundi di SJKC Malim mengenang pengalaman mencabar mengundi pada PRN Melaka 2021 yang berlangsung ketika pandemik COVID-19 dengan SOP ketat.
  • Proses pengundian kali ini berjalan lebih teratur, cuaca baik dan pengundi dapat memasuki saluran masing-masing dengan mudah tanpa kekangan SOP ketat.
  • SJKC Malim merupakan pusat pengundian dalam DUN Kesidang yang mempunyai 54,910 pemilih berdaftar pada pengundian hampir lima tahun selepas PRN Melaka 2021.
Advertisement

MELAKA TENGAH: Lima tahun berlalu, namun pengalaman mengundi ketika pandemik COVID-19 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021 masih segar dalam ingatan sebahagian pengundi.

Pelitup muka, penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat menjadi antara detik yang dikenang ketika mereka kembali ke pusat pengundian hari ini.

Bagi eksekutif swasta, Mazdee Sham, pengalaman itu kembali diingati ketika hadir bersama isterinya, Nor Azizah Majid, untuk menunaikan tanggungjawab di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim.

Advertisement

Menurutnya, suasana pengundian lima tahun lalu agak mencabar apabila pengundi perlu mematuhi pelbagai peraturan kesihatan bagi mengekang penularan wabak.

"Masa COVID-19 dahulu memang agak mencabar. Kita terpaksa pakai pelitup muka dan orang ramai juga beratur.

Advertisement

"Rasanya cuaca hari itu pun mendung, sedikit gerimis dan keadaan agak kelam-kabut," katanya ketika ditemui Astro AWANI hari ini.

Mazdee berkata, suasana kali ini jauh berbeza dengan keadaan cuaca baik dan proses pengundian yang lebih teratur.

"Alhamdulillah, hari ini cuaca baik dan nampaknya tenang sahaja di SJKC Malim. Pagi tadi saya tengok semuanya lancar, tidak hujan dan teratur serta sistematik," ujarnya.

 

Image
MAZDEE SHAM_AWANI

Beliau turut berharap wakil rakyat yang dipilih dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik serta membantu menyelesaikan masalah penduduk setempat.

Sementara itu, pekerja swasta, Muhammad Idham Zainudin, 23, turut mengimbau pengalaman pertamanya mengundi ketika negara masih berdepan pandemik COVID-19.

Menurutnya, pengundi ketika itu perlu memakai pelitup muka, mengimbas kod dan mematuhi penjarakan fizikal sebelum dibenarkan memasuki saluran pengundian.

"Dulu SOP (Operasi Standard) lebih ketat. Kita kena pakai pelitup muka, imbas kod dan jaga penjarakan sosial.

"Tapi sekarang lebih mudah sebab saluran sudah dimaklumkan lebih awal. Jadi, siapa yang sudah semak boleh terus pergi ke saluran masing-masing," katanya.

Muhammad Idham yang tiba di Melaka kira-kira jam 1 pagi selepas pulang bekerja memilih untuk mengundi awal kerana mempunyai urusan di Kuala Lumpur.

SJKC Malim merupakan antara pusat pengundian dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang yang mempunyai 54,910 pemilih berdaftar.

PRN Melaka 2021 diadakan pada 20 November ketika negara masih melaksanakan langkah pencegahan COVID-19, manakala pengundian hari ini berlangsung hampir lima tahun selepas pilihan raya berkenaan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement