awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal Tentera Laut Turkiye singgah di Karachi dalam perjalanan ke Langkawi untuk LIMA 2025

Bernama
Bernama
05/05/2025
01:50 MYT
Kapal Tentera Laut Turkiye singgah di Karachi dalam perjalanan ke Langkawi untuk LIMA 2025
Kapal TCG Buyukada akan meneruskan pelayaran ke Malaysia bagi menyertai pameran LIMA yang dijadual berlangsung dari 20 hingga 24 Mei. - Foto Kementerian Pertahanan Turkiye
NEW DELHI: Kapal Tentera Laut Turkiye, "TCG Buyukada" berlabuh di Karachi, Pakistan pada Ahad dalam perjalanan ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) edisi ke-17 yang dijadual berlangsung hujung bulan ini.
Menurut hantaran Kementerian Pertahanan Turkiye di platform media sosial X, kapal itu sebelum ini menjalani latihan laut bersama kapal pemusnah Pasukan Pertahanan Maritim Jepun, "JS Asahi" di perairan luar pantai Oman.
Tentera Laut Pakistan dalam satu kenyataan di X memaklumkan bahawa ketibaan "TCG Buyukada" di Pelabuhan Karachi adalah lawatan muhibah.
Krunya dijadual mengadakan interaksi profesional bersama anggota Tentera Laut Pakistan, katanya sambil menyifatkan lawatan itu sebagai "tanda kerjasama maritim yang semakin kukuh" antara kedua-dua negara.
Kapal itu akan meneruskan pelayaran ke Malaysia bagi menyertai pameran LIMA yang dijadual berlangsung dari 20 hingga 24 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LIMA 2025
#Kapal Tentera Laut Turkiye
#TCG Buyukada
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami