Skip to main content

Dunia

Kapal terkena peluru tidak dikenal pasti di Selat Hormuz - Pihak Berkuasa Maritim UK

UKMTO WARNING 134-26 -- X UKMTO Operations Centre
Tiada maklumat diperoleh mengenai keadaan anak kapal, tahap kerosakan atau kemungkinan kesan insiden itu terhadap alam sekitar. - Foto X/UKMTO
Advertisement

ISTANBUL: Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) pada Ahad memaklumkan sebuah kapal yang melalui Selat Hormuz terkena peluru yang tidak dikenal pasti, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut kenyataan dalam talian, tiada maklumat diperoleh mengenai keadaan anak kapal, tahap kerosakan atau kemungkinan kesan insiden itu terhadap alam sekitar di kawasan berkenaan.

Pihak berkuasa maritim itu memaklumkan siasatan sedang dijalankan dan menasihatkan kapal supaya meneruskan pelayaran dengan berhati-hati serta melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan.

Trafik melalui Selat Hormuz yang strategik itu kekal jauh lebih rendah berbanding paras sebelum perang AS-Iran bermula pada Februari, susulan risiko keselamatan yang berterusan dan serangan terhadap kapal komersial yang melalui perairan serantau.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement