awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kate Middleton hadir ke Wimbledon bersama anak perempuan, adik

Bernama
Bernama
15/07/2024
08:37 MYT
Kate Middleton hadir ke Wimbledon bersama anak perempuan, adik
Middleton, 42, telah mengurangkan penampilan awamnya dalam beberapa bulan kebelakangan ini selepas mengumumkan diagnosis kanser pada Mac lepas. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Kate Middleton, isteri kepada Putera William dari Britain, menghadiri perlawanan tenis di Wimbledon pada Ahad bersama anak perempuannya Charlotte dan adiknya Pippa, lapor United Press International (UPI).
"Seronok dapat kembali ke @Wimbledon! Tiada yang seumpama Kejohanan ini," catat Middleton di akaun rasmi X yang dikongsi bersama suaminya pada Ahad.
Hantaran itu turut menyertakan beberapa gambar beliau tersenyum pada acara berkenaan.
Akaun rasmi Wimbledon X turut menyiarkan: "Sambutan yang indah di Centre Court untuk Penaung kami HRH The Princess of Wales #Wimbledon."
Video menunjukkan penonton stadium memberikan tepukan gemuruh kepada puteri itu ketika beliau dan rombongannya mengambil tempat duduk mereka.
Carlos Alcaraz dari Sepanyol akhirnya memenangi gelaran perseorangan lelaki Wimbledon 2024 pada Ahad.
Middleton, 42, telah mengurangkan penampilan awamnya dalam beberapa bulan kebelakangan ini selepas mengumumkan diagnosis kanser pada Mac lepas.
Beliau telah berkahwin dengan William sejak 2011 dan mempunyai tiga orang anak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kate Middleton
#Wimbledon
#sakit kanser
#penampilan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan