awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAIS siasat pengendali akaun Facebook Masjid Bandar Tasik Puteri
Bawa anak terlibat dadah jumpa AADK, jangan malu - MCPF
Usaha AS banteras dadah melalui jalan darat akan bermula - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawalan senjata: Obama tagih sokongan semua

Astro Awani
Astro Awani
04/02/2013
23:56 MYT
Kawalan senjata: Obama tagih sokongan semua
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama terus berusaha keras menagih sokongan padu semua pihak bagi menjayakan kempen kawalan senjata api dan pemeriksaan latar belakang setiap pembeli senjata api negara itu.
Ia selari dengan usaha membendung insiden keganasan yang dikaitkan dengan penggunaan senjata api yang telah meragut banyak nyawa sejak beberapa tahun lalu.
Usaha Obama itu dibuat ketika sekumpulan pegawai pentadbirannya sedang melakukan kajian di Minnesota bagi mencari jalan terbaik mengurangkan insiden keganasan berkaitan penggunaan senjata api.
Malah beliau turut mengambil kesempatan melawat pusat kawalan khas Jabatan Polis Minneapolis bagi meraih keyakinan orang ramai.
Obama juga menyedari cadangan pelaksanaan kawalan senjata akan berdepan cabaran getir.
Namun beliau berharap kongres negara itu akan mampu memainkan peranan dengan berkesan.
Termasuk menyokong undian mengenai larangan pemilikan senjata api.
Pada masa sama Obama menggesa masyarakat di negara itu agar memberi tekanan kepada kongres supaya mengutamakan keselamatan awam berbanding kepentingan peribadi.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Obama
#senjata api
#tembakan rambang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan