awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kazakhstan belum buat kesimpulan dakwaan pesawat Azerbaijan ditembak jatuh Rusia

Bernama
Bernama
26/12/2024
23:10 MYT
Kazakhstan belum buat kesimpulan dakwaan pesawat Azerbaijan ditembak jatuh Rusia
Pesawat Azerbaijan Airlines yang membawa 67 penumpang terhempas di bandar Aktau, Kazakhstan pada Rabu. - Gambar fail/REUTERS
ASTANA: Siasatan Kazakhstan masih belum membuat sebarang kesimpulan berhubung dakwaan pertahanan udara Rusia telah menembak jatuh pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan, Rabu, kata Pendakwa Raya Pengangkutan Wilayah Mangystau, Abylaibek Ordabaev, pada Khamis.
Sebelum ini, empat sumber yang mempunyai pengetahuan tentang penemuan awal penyiasatan Azerbaijan berhubung kejadian itu memaklumkan kepada Reuters pada Khamis bahawa pertahanan udara Rusia menembak jatuh pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan, menyebabkan 38 orang terbunuh.
Pesawat Azerbaijan Airlines Penerbangan J2-8243 terhempas pada Rabu berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan selepas mengubah haluan dari kawasan di selatan Rusia di mana Moscow telah menggunakan sistem pertahanan udara terhadap serangan dron Ukraine baru-baru ini.
Jet penumpang Embraer EMBR3.SA itu terbang dari ibu negara Azerbaijan, Baku, ke Grozny di wilayah Chechnya, Rusia, sebelum melencong ratusan batu melintasi Laut Kaspia.
Pesawat itu terhempas di pantai bertentangan Laut Kaspia selepas apa yang didakwa oleh badan pemerhati penerbangan Rusia sebelum ini sebagai kecemasan yang mungkin dikaitkan dengan perlanggaran pesawat dengan sekumpulan burung.
Pihak berkuasa tidak menjelaskan mengapa pesawat itu menyeberangi laut, tetapi kemalangan itu berlaku selepas serangan dron Ukraine bulan ini yang mengenai Chechnya. Lapangan terbang Rusia yang terdekat dengan laluan penerbangan pesawat itu ditutup pada pagi Rabu.
Seorang daripada sumber Azerbaijan yang mengetahui tentang siasatan Azerbaijan terhadap kemalangan itu memberitahu Reuters bahawa keputusan awal menunjukkan pesawat berkenaan telah diserang oleh sistem pertahanan udara Pantsir-S Rusia, dan komunikasinya terjejas oleh sistem peperangan elektronik semasa menghampiri Grozny.
"Tiada siapa yang mendakwa ia dilakukan dengan sengaja. Bagaimanapun, mengambil kira fakta yang telah ditetapkan, Baku menjangka pihak Rusia akan mengaku menembak jatuh pesawat Azerbaijan itu," kata sumber.
Tiga sumber lain mengesahkan bahawa siasatan Azerbaijan telah mencapai kesimpulan awal yang sama. Kementerian Pertahanan Rusia tidak memberi respons terhadap permintaan untuk komen.
Kremlin, ketika ditanya sebelum laporan Reuters mengenai idea bahawa pesawat itu telah ditembak oleh pertahanan udara Rusia, berkata siasatan sedang dijalankan dan adalah tidak wajar untuk mengulas sehingga siasatan itu membuat kesimpulan sendiri.
-- REUTERS
TAG: Kazakhstan, nahas pesawat, pertahanan udara Rusia
Topic Berkaitan
#nahas pesawat
#Azerbaijan Airlines
#Kazakhstan
#pesawat terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan