LEBIH 20 juta orang Islam di Rusia boleh mendapatkan akses kepada instrumen kewangan Islam dan melakukan transaksi wang secara halal.
Pada 2023, Rusia meluluskan undang-undang mengenai perbankan Islam dan dalam tempoh dua tahun selepas itu, satu eksperimen dilaksanakan mengenai penggunaannya di negara itu.
Menurut kenyataan KazanForum 2024, eksperimen mengenai pengenalan perbankan Islam di Rusia akan dijalankan hingga Sept 2025 dan wilayah yang terlibat eksperimen ini mungkin diperluaskan.
Pada masa sama, peserta eksperimen tidak dibenarkan menetapkan upah dalam bentuk kadar faedah semasa membuat transaksi, tetapi akan menetapkan pembayaran dalam bentuk jumlah yang berubah-ubah, bergantung kepada hasil transaksi.
Mereka juga tidak dibenarkan membiayai aktiviti transaksi berunsur haram yang berkaitan dengan pengeluaran tembakau, minuman beralkohol, senjata, peluru dan perjudian.
Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Duma Negara mengenai Pasaran Kewangan KazanForum 2023, Anatoly Aksakov berkata, potensi pasaran kewangan Islam di Rusia dianggar bernilai sekitar A$11 bilion.
Dalam nada yang sama, Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Persekutuan Russia, Nikolai Zhuravlev berkata, kewangan Islam telah muncul sebagai bidang kewangan yang paling berpotensi dalam pasaran global.
"Kewangan Islam telah muncul sebagai satu sfera pasaran kewangan global yang bebas sepenuhnya dalam pasaran kewangan global: lebih 500 bank dan organisasi kewangan Islam dengan jumlah aset lebih AS$2 trilion beroperasi di 105 buah negara," katanya ketika berucap di KazanForum 2023.
Eksperimen ini dijalankan di empat wilayah Rusia, termasuk Republik Tatarstan, yang setiap tahun menjadi tuan rumah Forum Ekonomi Antarabangsa 'Rusia - Dunia Islam: KazanForum'.
Ia juga melibatkan penyertaan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam dan bersandarkan kepada keputusan hasil perbincangan antarabangsa pada KazanSummit 2022.
Selain itu, satu draf undang-undang yang relevan telah dikemukakan kepada parlimen negara itu, disokong oleh Kementerian Kewangan dan Bank Pusat Russia.
Semasa tempoh ini, kad debit Islam pertama berasaskan sistem pembayaran bercirikan kewangan Islam muncul di Republik Tatarstan dan bank utama Rusia membuka pejabat pembiayaan Islam rakan kongsi pertama negara itu di Kazan.
Pada masa sama, Republik Tatarstan akan mempunyai pusat pembangunan perbankan Islam dengan usahasama pakar dari Malaysia yang akan berkongsi pengetahuan dalam kewangan islam dalam konteks cukai, perakaunan dan penciptaan produk, dengan mengambil kira spesifikasi undang-undang di Rusia dan pengalaman dalam pembiayaan rakan kongsi.
Fahmi Izuddin
Thu Feb 08 2024
KazanForum 2024 akan berlangsung di Kazan, Tatarstan, Rusia mulai 14 hingga 19 Mei 2024. - Foto KazanForum 2024
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Dunia Islam antara rakan Rusia paling penting, hubungan berkembang dengan mantap, kuat
Perolehan perdagangan antara Rusia dan negara OIC telah meningkat sebanyak 37 peratus dan berjumlah lebih US$156 bilion.
KazanForum 2024: Lebih 20 juta Muslim di Rusia dapat akses kepada kewangan Islam
Pada 2023, Rusia meluluskan undang-undang mengenai perbankan Islam dan bereksperimen dengan penggunaannya selama dua tahun.