awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadaan di Gaza sangat menggerunkan, tiada lagi bekalan makanan - Amnesty International

Bernama
Bernama
05/05/2025
10:30 MYT
Keadaan di Gaza sangat menggerunkan, tiada lagi bekalan makanan - Amnesty International
Callamard menyifatkan bahawa situasi di Gaza kini adalah "genosid yang berlaku secara terang-terangan." - Gambar/ Reuters
RAMALLAH: Setiausaha Agung Amnesty International, Agnes Callamard menggesa semua pihak antarabangsa khususnya Kesatuan Eropah (EU) agar mengambil langkah tegas menghentikan tindakan genosid oleh Israel terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, sama ada melalui serangan bersenjata mahupun dasar kebuluran yang menyebabkan wilayah itu kini "tanpa bekalan makanan."

Ringkasan AI
  • Agnes Callamard, Setiausaha Agung Amnesty International, menggesa Kesatuan Eropah (EU) dan pihak antarabangsa lain untuk menghentikan tindakan genosid oleh Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza, termasuk serangan bersenjata dan sekatan makanan.
  • Callamard merayu agar Israel membenarkan kemasukan makanan, air, dan ubat-ubatan ke Gaza serta memastikan pihak yang bertanggungjawab terhadap genosid dan jenayah perang dibawa ke muka pengadilan.
  • Callamard menyatakan bahawa keadaan kemanusiaan di Gaza semakin merosot dengan kekurangan bekalan makanan, air, dan ubat-ubatan yang kritikal, dan menyifatkan situasi di Gaza sebagai "genosid yang berlaku secara terang-terangan."

Callamard dalam satu kenyataan juga merayu agar semua pihak berkepentingan mendesak Israel membenarkan kemasukan makanan, air dan ubat-ubatan ke Gaza di samping memastikan pihak yang bertanggungjawab terhadap genosid dan jenayah perang dibawa ke muka pengadilan, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di Gaza, berdasarkan pemerhatian dan pemantauan lapangannya terhadap konflik yang telah berlarutan selama 19 bulan.
Situasi itu semakin memburuk sejak Israel mengenakan sekatan menyeluruh ke atas wilayah Palestin bermula 2 Mac lalu.
Callamard turut menyifatkan bahawa situasi di Gaza kini adalah "genosid yang berlaku secara terang-terangan."
"Kami tahu rakyat Gaza sedang berdepan kekurangan makanan, air dan ubat-ubatan yang amat kritikal. Pertubuhan Makanan Dunia (WFP), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan semua agensi kemanusiaan serta badan PBB telah memberi amaran - Gaza kini benar-benar kehabisan bekalan makanan," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#kekejaman israel
#Amnesty International
#Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami