Seorang terbunuh manakala empat ahli bomba mengalami kecederaan ringan apabila sebuah apartmen terbakar di Trump Tower di sini pada Sabtu.
Bagaimanapun, kebakaran yang berlaku di tingkat 50 bangunan itu berjaya dipadamkan dengan segera oleh pihak bomba.
Mangsa yang berusia 67 tahun didapati tidak sedarkan diri di dalam apartmen dan disahkan meninggal dunia di dalam kawasan hospital, menurut polis.
Ketika kejadian, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, yang mempunyai pejabat dan kediaman persendirian di bangunan itu, tidak berada di sana.
"Kebakaran di Trump Tower telah padam. Ia sangat terbatas (binaan bangunan bagus). Anggota bomba menjalankan tugas dengan baik. TERIMA KASIH!" kata Trump menerusi Twitter.
Pihak bomba masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung punca kebakaran. Tiada ahli keluarga Trump yang dilaporkan berada di dalam bangunan ketika itu.
"Ia satu kebakaran yang sangat sukar. Seperti yang anda boleh bayangkan, apartmen itu agak besar, kita di tingkat 50. Banyak juga bahagian lain di bangunan itu yang terjejas akibat asap tebal," kata Pesuruhjaya Kebakaran Daniel Nigro di Twitter.
Kira-kira 200 anggota bomba terlibat bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.
Agensi
Sat Apr 07 2018
Video di media sosial menunjukkan asap yang keluar dari bangunan Trump Tower. REUTERS
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
Tujuh blok rumah pekerja kilang di Kalabakan musnah terbakar
Tujuh blok rumah pekerja kilang papan yang mempunyai keseluruhan 130 pintu musnah dalam kebakaran di Jalan Brantian, Kalabakan awal pagi tadi.
JAS, Kualiti Alam pantau udara di lokasi kebakaran kimia
Penyiasatan tambahan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Gudang sisa bahan kimia di Bukit Pelanduk musnah dalam kebakaran
Gudang di Pusat Kualiti Alam tersebut berkeluasan 100x100 kaki persegi itu musnah sama sekali.
Lelaki warga emas maut dalam kebakaran di Klang
Seorang lelaki warga emas maut manakala adiknya terselamat dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah Kelas C, di Jalan Kereta Api Lama Batu 9, Klang, Selangor malam tadi.
14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan
Pasukan bomba daripada BBP Sook, Keningau dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 89km selepas menerima panggilan pada 9.16 pagi.
KKM lulus peruntukan bina bangunan baharu Klinik Kesihatan Tangkarason, Beluran
Peruntukan itu juga termasuk bagi kerja-kerja pembaikan kecil Dewan Kampung Tangkarason yang bernilai RM50,000.
SESB rugi RM40 juta dalam kebakaran stor kabel
Kabel itu adalah untuk diagihkan ke seluruh negeri, kebanyakannya digunakan membuat penyambungan bekalan elektrik ke rumah pengguna.