MEXICO CITY: Presiden Costa Rica Rodrigo Chaves pada Selasa berkata beliau mahu mengisytiharkan darurat di negara Amerika Tengah itu berikutan peningkatan kemasukan migran yang dalam perjalanan ke AS, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Lebih 386,000 pendatang telah menyeberangi sempadan dari Panama ke Costa Rica sejak Januari, kata Chaves dalam sidang media, sambil menambah perintah darurat akan melepaskan sumber kewangan yang luar biasa untuk menangani krisis itu.
"Kita semua tahu bahawa terdapat krisis migrasi di seluruh benua Amerika," kata Chaves.
Costa Rica terutamanya merupakan sebuah negara transit, kata Chaves.
Lebih 60,000 pelarian tiba di bandar Paso Canoas, berhampiran sempadan dengan Panama, hanya pada September, iaitu tiga kali ganda lebih ramai daripada penduduk bandar itu, kata presiden Costa Rica itu.
Keselamatan di laluan migrasi juga perlu ditingkatkan, katanya.
Terbaharu, Panama dan Mexico mengumumkan langkah-langkah berkaitan dengan jumlah migrasi yang tinggi.
Di Mexico, Pengawal Kebangsaan telah meningkatkan pemeriksaan untuk menghalang pendatang daripada menaiki kereta api barang.
Selain pendatang dari Amerika Tengah, semakin ramai orang menuju ke AS dari Venezuela, Haiti dan Cuba, serta Afrika dan Asia.
Orang ramai melarikan diri daripada kemiskinan, keganasan dan krisis politik di negara asal mereka.
--BERNAMA-dpa
Bernama
Wed Sep 27 2023
Chaves berata, lebih 386,000 pendatang telah menyeberangi sempadan dari Panama ke Costa Rica sejak Januari. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kebanjiran migran: Costa Rica rancang isytihar darurat
Presiden Costa Rica Rodrigo Chaves pada Selasa berkata beliau mahu mengisytiharkan darurat di negara Amerika Tengah itu berikutan peningkatan kemasukan migran.
Gunung berapi Rincon de la Vieja di Costa Rica meletus
Dengan ketinggian 1,900 meter, gunung berapi itu antara yang paling aktif di Costa Rica.
Piala Dunia Qatar: Jerman tersingkir walaupun benam Costa Rica 4-2
Juara empat kali itu menamatkan saingan peringkat kumpulan E di tangga ketiga.
Piala Dunia Qatar: Costa Rica kejutkan Jepun, saingan Kumpulan E kembali terbuka
Costa Rica berjaya mengejutkan Jepun dengan kemenangan 1-0 dalam saingan Piala Dunia Qatar sekali gus membuka semula persaingan peringkat Kumpulan E.
Sepanyol berpesta gol belasah Costa Rica 7-0
Skuad La Roja yang dibimbing bekas jurulatih Barcelona, Luis Enrique membuka tirai jaringan pada minit ke-11 menerusi Dani Olmo.
WHO lancar inisiatif global perkongsian data dan rawatan COVID-19
Usaha kolektif itu menawarkan platform untuk berkongsi secara terbuka dan sukarela dalam data serta harta intelektual yang akan dihasilkan seluruh dunia untuk kebaikan global.
WHO lancar akses data, teknologi, rawatan untuk semua
Ini sekali gus membuka platform untuk perkongsian ilmu, data dan harta intelek secara kolaboratif mengenai alatan kesihatan yang ada dan yang baharu, dalam menangani wabak COVID-19.
Dan Buettner terokai zon biru, punyai rahsia untuk hidup lama
Pengkaji dan pengarang National Geographic, Dan Buettner telah mengikuti beberapa komuniti terpencil yang mencatat jangka hayat terpanjang di seluruh dunia.
Masih mesra... Kourtney Kardashian bawa anak-anak bercuti bersama Scott Disick
Kourtney dan Scott sememangnya masih berkawan rapat tetapi kali ini mereka bercuti tanpa teman wanita Scott, Sofia Richie.
Los Ticos bawa pulang satu mata saguhati dari Rusia
Costa Rica ucap selamat tinggal kepada Rusia, sementara Switzerland sah naib juara Kumpulan E untuk bertemu Sweden di pusingan kalah mati.