awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPO, DFP terus memupuk bakat muzik tempatan
Pertamina umum penemuan telaga minyak baharu di Sumatera
China siasat pembelian Manus oleh Meta bernilai AS$2 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebimbangan risiko jangkitan meningkat selepas pusat saringan COVID-19 di Gaza musnah

Astro Awani
Astro Awani
23/05/2021
23:04 MYT
Kebimbangan risiko jangkitan meningkat selepas pusat saringan COVID-19 di Gaza musnah
Pusat al-Rimal yang merupakan satu-satunya kemudahan ujian COVID-19 di Gaza runtuh akibat serangan Zionis. -Twitter @cyblesoleil
GAZA: Kemusnahan pusat saringan COVID-19 di Gaza akibat bedilan serangan udara zionis dikhuatiri bakal menyebabkan peningkatan jangkitan baharu virus koronavirus itu di wilayah berkenaan.
Pusat al-Rimal, satu-satunya kemudahan ujian COVID-19 di Gaza, menjadi mangsa serangan udara zionis dalam bedilan bertubi-tubi ke wilayah itu beberapa hari lalu.
Keadaan ini menyebabkan sebarang ujian saringan COVID-19 tidak boleh dilakukan di wilayah terkepung itu.
Risiko jangkitan juga meningkat apabila serangan rejim zionis memaksa penduduk Gaza keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.
Selain penutup mulut, sarung tangan dan barang pembersih asas, bekalan perubatan juga dilaporkan hampir habis.
Walaupun Mesir telah membuka pintu sempadan Rafah untuk membolehkan beberapa lori bantuan masuk, ia masih belum mencukupi untuk mengatasi kekurangan yang dihadapi sektor kesihatan Gaza.
Topic Berkaitan
#Gaza
#pusat saringan
#ujian saringan
#rejim Zionis
#COVID-19
#al-Rimal
#Rafah
#pintu sempadan
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan