awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecurian vaksin COVID-19 di Tennessee disiasat

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2021
20:33 MYT
Kecurian vaksin COVID-19 di Tennessee disiasat
Pesuruhjaya Kesihatan Tennessee mendedahkan telah meminta penguatkuasa undang-undang persekutuan menyiasat dakwaan kecurian dos vaksin koronavirus di negeri yang paling ramai penduduk berkenaan. - Foto fail
TENNESSEE: Pesuruhjaya Kesihatan Tennessee, Amerika Syarikat mendedahkan telah meminta penguatkuasa undang-undang persekutuan menyiasat dakwaan kecurian dos vaksin COVID-19 di negeri berkenaan.
Lisa Piercey berkata, ia berikutan dakwaan terdapat seorang sukarelawan yang menyuntik vaksin kepada dua anaknya walaupun vaksin berkenaan belum lagi dibenarkan untuk mereka di bawah umur.
Kira-kira 2,400 dos COVID-19 didakwa telah dibazirkan di Shelby County sejak sebulan lalu kerana masalah komunikasi dan kekurangan rekod simpanan dalam jabatan kesihatan tempatan.
Selain itu, hampir 30,000 lebihan dos vaksin dilaporkan berada dalam inventori mereka.
Piercey enggan menyatakan butiran mengenai dakwaan kecurian itu namun beliau ada menyatakan bahawa vaksin yang dicuri telah diletakkan dalam picagari dan bukan dicuri ketika dalam ampul.
Tennessee adalah antara negeri terawal di Amerika Syarikat menerima vaksin COVID-19.
Setakat ini, ia merekodkan lebih 758,000 kes positif COVID-19 dengan 11,228 kematian.
Bagaimanapun, amaran telah dikeluarkan kepada Jabatan Kesihatan Shelby County mengenai kes kecurian itu selepas meminta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melakukan siasatan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#koronavirus
#vaksin
#bazir
#kecurian
#Shelby County
#Global
#Tennessee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan