awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand kesan rakyat Malaysia yang hilang

Bernama
Bernama
08/06/2023
14:30 MYT
Kedutaan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand kesan rakyat Malaysia yang hilang
Media melaporkan, Chong Sum Yee, 22, telah berlepas ke Chiang Mai pada 29 Mei dan menuju ke Mae Sai di wilayah Chiang Rai, yang bersempadan dengan Tachilek di Myanmar, lokasi insiden pemerdagangan orang telah dilaporkan berlaku sebelum ini. - BERNAMA
BANGKOK: Kedutaan Malaysia di Bangkok bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand, khususnya Polis Diraja Thailand (RTP) untuk mengesan wanita Malaysia yang hilang selepas kali terakhir dilihat di daerah Mae Sai di wilayah Chiang Rai.
Media melaporkan, Chong Sum Yee, 22, telah berlepas ke Chiang Mai pada 29 Mei dan menuju ke Mae Sai di wilayah Chiang Rai, yang bersempadan dengan Tachilek di Myanmar, lokasi insiden pemerdagangan orang telah dilaporkan berlaku sebelum ini.
Polis Thailand berkata siasatan awal mendapati jurusolek itu telah menyeberang sempadan ke Tachilek, Myanmar.
"Kami bekerjasama rapat untuk mengesan dia (Chong) dan memastikan keselamatannya," kata Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.
Semalam, seorang wanita dipercayai Chong muncul dalam tiga video dalam talian untuk membuktikan dia dalam keadaan 'selamat dan sihat'.
Wanita itu muncul dengan senyuman dalam tiga video berkenaan dan meminta polis supaya berhenti mengganggu pemandu yang menghantarnya ke sana kerana pemandu itu tidak tahu-menahu mengenai keadaannya.
Namun, ibunya, Chee Choy Wen yang tiba di Mae Sai pada Rabu berkata anaknya belum menghubungi ahli keluarga.
"Selagi saya tidak dapat bertemu dengannya dan memeluknya (Chong), saya akan terus mencarinya," katanya dalam catatan di Facebook.
Sementara itu, Polis Thailand masih meneruskan usaha untuk mengesan Chong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kedutaan Malaysia di Bangkok
#pihak berkuasa thailand
#rakyat Malaysia hilang
#Chong Sum Yee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan