NAKHON SI THAMMARAT: Kedutaan Malaysia di Thailand melalui Pejabat Kaunselor Pertanian melancarkan kempen untuk menawarkan platform bagi produk Malaysia memasuki pasaran Thailand.
Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata, berdasarkan pemerhatiannya sejak beberapa tahun lepas, rakyat Thailand cukup akomodatif terhadap produk Malaysia.
"Produk Malaysia terutamanya produk makanan sentiasa mendapat sambutan hangat daripada rakyat Thailand dan kami sentiasa mengalu-alukan lebih banyak produk untuk memasuki pasaran (Thailand)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen bertemakan "Taste of Malaysia" di Sahathai Plaza, di sini.
Dengan kerjasama Wang Mart Co Ltd selaku pengedar, sejumlah 22 produk membabitkan pelbagai jenis makanan ringan, biskut, kerepek kentang, mi segera, minuman dan rempah ratus boleh didapati di Sahathai Plaza, pengendali pusat beli-belah.
Jojie berkata, Sahathai yang mempunyai tiga cawangan di Nakhon Si Thammarat dan masing-masing sebuah cawangan di Surat Thani dan di Phetchaburi, justeru dengan adanya kempen itu ia berpotensi mewujudkan peluang yang baik bagi produk Malaysia dipasarkan di Thailand.
"Kami sedang mencari lebih banyak produk Malaysia untuk dipasarkan di sini pada masa akan datang selepas sambutan positif di sini," katanya.
Duta itu berkata, kempen tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai produk makanan Malaysia, menemui pengguna baharu yang berpotensi dan mengembangkan serta mengukuhkan lagi kehadiran jenama Malaysia di pasaran tempatan.
Kempen "Taste of Malaysia" adalah sebahagian daripada program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia dan merangsang permintaan di pasaran Thailand.
"Kedutaan Malaysia di Bangkok komited untuk menyokong dan mempromosikan produk makanan Malaysia di Thailand. Ia merupakan hasrat bersama untuk bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi bagi membawa makanan Malaysia kepada pengguna Thailand," katanya.
Pada 2023, Thailand merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dengan jumlah perdagangan RM113.16 bilion (AS$24.83 bilion) direkodkan. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024

Menurut Jojie, berdasarkan pemerhatiannya sejak beberapa tahun lepas, rakyat Thailand cukup akomodatif terhadap produk Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA

AS tidak akan mengabaikan suara kolektif ASEAN - Penganalisis
Amerika Syarikat (AS) dijangka tidak akan membiarkan dasar mengenai kadar tarif yang tidak munasabah ke atas negara-negara ASEAN berterusan.

Malaysia, Vietnam sepakat teruskan bantuan kemanusiaan di Myanmar tanpa sekatan
Katanya, adalah penting supaya semua pihak meneruskan gencatan senjata bagi memastikan keselamatan pekerja bantuan kemanusiaan.

Kerajaan disaran guna firewall tapis aplikasi AI tidak selamat
Pembangunan AI perlu mematuhi peraturan keselamatan yang ketat dan tidak hanya bergantung kepada kawalan luaran.

'Scammer' sasar pesara, profesional, kerugian hampir RM9 juta di Kelantan
Kes jenayah penipuan dalam talian atau scam di Kelantan menunjukkan peningkatan berikutan kejadian yang berlaku hampir setiap hari, dengan nilai kerugian mencecah RM8.79 juta.

Terdapat keperluan tambah mesin pengimbas kargo - Kastam
Terdapat keperluan untuk menambah mesin pengimbas kargo di pelabuhan utama negara, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Kerajaan negeri disaran gubal undang-undang perkongsian data - Gobind
Kerajaan negeri digalakkan untuk menggubal undang-undang menyerupai Akta Perkongsian Data 2024 yang berkuat kuasa hari ini bagi memperluas usaha perkongsian data di seluruh negara.

PM Vietnam, Malaysia adakan perbincangan telefon mengenai perkembangan dua hala, serantau
Anwar memaklumkan mengenai inisiatif Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini dalam menangani isu-isu serantau yang turut dibincangkan dalam perbualan mereka pada 6 April lepas.
10 Berita Pilihan - (28 April 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 29 April 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Putin isytihar gencatan senjata unilateral selama tiga hari di Ukraine pada Mei
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin mengisytiharkan gencatan senjata secara unilateral di Ukraine dari 8 hingga 10 Mei, sempena ulang tahun ke-80 kemenangan ke atas Nazi Jerman.

Pemimpin Myanmar komited gencatan senjata, jamin keselamatan petugas kemanusiaan - PM Anwar
Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar dan Perdana Menteri NUG Myanmar telah berjanji untuk melanjutkan gencatan senjata di negara itu.

PM Anwar berunding dengan Min Aung Hlaing berhubung bantuan susulan gempa bumi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing di Bangkok, Thailand.

Kehidupan kembali pulih di Bangkok selepas gempa bumi
Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) melaporkan bahawa bandar itu kini hampir pulih sepenuhnya.

Umat Islam Bangkok sambut 1 Syawal dalam suasana suram akibat gempa bumi
Meskipun hujan lebat, kira-kira 200 jemaah hadir ke Masjid Zhohirul Islam Thonglor untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Gempa bumi Myanmar burukkan kesan konflik dalam negara terhadap rakyat - ICRC
Gempa bumi kuat yang berlaku Jumaat memburukkan lagi keadaan rakyat Myanmar yang telah berhadapan dengan kesan konflik melibatkan pasukan keselamatan serta kumpulan etnik bersenjata di negara itu.

Gempa Myanmar: Ibu cerita pengalaman lahir anak di Hospital Bangkok semasa gempa
Kanthong Saenmuangshin datang ke hospital untuk pemeriksaan rutin bersalin ketika gegaran berlaku.

Gempa bumi: Isteri harap suami selamat dalam bangunan runtuh
"Saya berharap dan berdoa agar suami saya serta lima lagi rakan keluarga dapat keluar dengan selamat," kata Narvemol Thonglek.

6 kondominium di Bangkok diisytihar tidak selamat selepas gempa bumi
Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) c

Gempa Bumi Myanmar: ASEAN sedia sokong usaha bantuan, pemulihan - Mohamad
Negara-negara anggota ASEAN juga akan bekerja rapat bagi menyelaras bantuan kemanusiaan dan memudahkan operasi bantuan.

Gempa bumi: Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas di Myanmar dan Bangkok
Dalam kenyataan pada Jumaat, Wisma Putra berkata, laporan awal dari Bangkok juga mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang tercedera.