awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan Malaysia pantau demonstrasi di Jakarta, nasihat rakyat elak lokasi terlibat

Bernama
Bernama
29/08/2025
15:01 MYT
Kedutaan Malaysia pantau demonstrasi di Jakarta, nasihat rakyat elak lokasi terlibat
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang memantau rapi perkembangan terkini susulan beberapa siri demonstrasi di Jakarta Pusat. - AP
JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang memantau rapi perkembangan terkini susulan beberapa siri demonstrasi yang bermula Isnin di kawasan Senayan, Jakarta Pusat.
Dalam satu kenyataan, kedutaan berkata demonstrasi berkenaan telah memberi kesan terhadap aliran trafik dengan penutupan beberapa lokasi khususnya di Jakarta Selatan dan Jakarta Pusat.
Sehubungan itu, ia menggesa rakyat Malaysia yang bermastautin di Jakarta atau yang berkunjung atas urusan pelancongan, perniagaan dan sebagainya sentiasa memantau perkembangan lokasi aktiviti demonstrasi melalui pengumuman pihak berkuasa tempatan dan media.
"Warganegara Malaysia juga dinasihatkan untuk menghindari lokasi demonstrasi dan tidak melibatkan diri dalam apa jua tindakan yang menyalahi undang-undang tempatan," menurut kedutaan dalam kenyataan.
Bagi sebarang bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi kedutaan menerusi talian +62813 8081 3036.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta
#demonstrasi di Jakarta
#rakyat Malaysia
#rusuhan
#DPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan