awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehidupan kanak-kanak diancam peningkatan kemerosotan zat makanan di Gaza - WHO

Bernama
Bernama
07/05/2025
14:31 MYT
Kehidupan kanak-kanak diancam peningkatan kemerosotan zat makanan di Gaza - WHO
Hampir 10,000 kanak-kanak telah dikesan mengalami kekurangan zat makanan yang teruk, termasuk kira-kira 1,400 yang memerlukan rawatan serta-merta akibat tahap kekurangan zat makanan yang kritikal. - AP
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan angka membimbangkan berhubung penyebaran masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Sejak awal tahun ini, hampir 10,000 kanak-kanak telah dikesan mengalami kekurangan zat makanan yang teruk, termasuk kira-kira 1,400 yang memerlukan rawatan serta-merta akibat tahap kekurangan zat makanan yang kritikal.
Menurut laman sesawang rasmi WHO, kanak-kanak yang mencapai tahap kekurangan zat makanan serius tanpa rawatan berisiko tinggi untuk meninggal dunia.
Meskipun terdapat tiga pusat rawatan disediakan, bilangan kanak-kanak yang mendapat rawatan adalah lebih rendah daripada jangkaan, kebiasaannya disebabkan kesukaran akses atau perpindahan berulang. Keadaan ini menyebabkan satu daripada lima kanak-kanak tidak dapat melengkapkan rawatan.
WHO turut menyuarakan kebimbangan serius terhadap penularan cirit-birit berair akut yang boleh mengancam nyawa, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang sudah menderita akibat kekurangan zat makanan, berikutan kemerosotan infrastruktur bekalan air dan sanitasi di wilayah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WHO
#Kanak-kanak
#Palestin
#Gaza
#kekurangan zat makanan
#rawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan