awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejadian rempuhan di New Orleans bukan serangan pengganas - FBI

Bernama
Bernama
01/01/2025
22:45 MYT
Kejadian rempuhan di New Orleans bukan serangan pengganas - FBI
Keadaan di sepanjang Bourbon Street selepas sebuah trak merempuh ke arah orang ramai di French Quarter of New Orleans, Louisiana, AS, 1 Jan 2025. - REUTERS
WASHINGTON: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat mengesahkan insiden rempuhan kenderaan di New Orleans tidak diklasifikasikan sebagai serangan pengganas, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Ejen Khas FBI, Alethea Duncan, pada Rabu.
Menurut CBS News, seorang pemandu trak merempuh orang ramai di New Orleans sebelum keluar daripada kenderaan dan melepaskan tembakan.
Saksi melaporkan trak itu dipandu pada kelajuan tinggi ke arah orang ramai di Jalan Bourbon, diikuti tindakan pemandu keluar dan menembak, dengan pihak polis membalas tembakan.
ABC News pula memetik kenyataan pihak polis dan pegawai bandar bahawa sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 30 lagi cedera dalam kejadian itu, manakala pemandu terlibat ditembak mati oleh polis.
"Kami akan mengambil alih siasatan kes ini. Ia bukan insiden keganasan. Ketika ini, terdapat bahan letupan buatan yang ditemukan, dan kami sedang mengesahkan sama ada ia benar-benar berfungsi atau tidak," kata Duncan pada sidang media.
Superintendan Jabatan Polis New Orleans, Anne Kirkpatrick menyatakan pemandu itu bertindak secara sengaja, menolak kemungkinan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah (DUI).
"Individu ini cuba merempuh seramai mungkin orang. Ini bukan kes DUI. Berdasarkan maklumat yang kami ada, ia lebih kompleks dan serius. Dengan bilangan mangsa yang diketahui sekarang, yang mungkin berubah sepanjang hari, terdapat 26 orang cedera," katanya.
Beliau turut mengesahkan 10 orang terbunuh dalam kejadian itu.
"Apa yang boleh saya kongsikan, individu ini, suspek, telah melepaskan tembakan ke arah pegawai kami dari kenderaannya selepas merempuh orang ramai. Dua pegawai kami terkena tembakan, namun mereka kini dalam keadaan stabil," kata Kirkpatrick.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#pemandu trak rempuh orang ramai
#New Orleans
#FBI
#rempuhan kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan