awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejam! Ibu gamak cabut kuku anak demi cinta pada teman lelaki

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
08/06/2019
06:56 MYT
Kejam! Ibu gamak cabut kuku anak demi cinta pada teman lelaki
Jennifer dilapor tergamak mencabut kuku jari kaki anaknya sendiri sebagai tanda cinta kepada teman lelakinya. -Gambar hiasan
ENTAH kegilaan apa yang melanda benak si ibu sehingga sanggup menyeksa anak kandung sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman lelaki.
Dalam kejadian yang berlaku di Ecatepec, Mexico baru-baru ini, wanita itu yang dikenali sebagai Jennifer Marisol, 26, didakwa melakukan penderaan fizikal dan seksual terhadap tiga anaknya.
Jennifer dilapor tergamak mencabut kuku jari kaki anaknya sendiri -- Guillermo, 9, Samanta, 7, dan Melissa, 1 -- sebagai tanda cinta kepada teman lelakinya Jose Omar Trujillo, lapor portal Mirror.co.uk.
Perkara tersebut bagaimanapun terbongkar apabila ayah kanak-kanak berkenaan yang juga bekas suami tertuduh, Mauricio Alberto menyedari perbuatan terkutuk wanita berkenaan dan melaporkannya kepada Pusat Keadilan Wanita.
Mauricio mendakwa turut menemui rakaman video yang menunjukkan bekas isterinya itu menyeksa anak-anaknya.
Hasil laporan berkenaan, polis segera bertindak dan menahan wanita terbabit dan dituduh melakukan keganasan rumah tangga.
Sementara itu kesemua kanak-kanak terbabit kini tinggal bersama bapanya dan menjalani penilaian fizikal dan psikologi.
Bagaimanapun tidak diketahui sama ada teman lelaki wanita itu turut ditahan setakat ini.
Topic Berkaitan
#anak
#dera
#Kanak-kanak
#keganasan
#lelaki
#Media
#Mexico
#polis
#rumah
#video
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan