awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Kekalahan ini amat menyakitkan” - Pasukan kempen Kamala Harris

Agensi
Agensi
06/11/2024
22:00 MYT
“Kekalahan ini amat menyakitkan” - Pasukan kempen Kamala Harris
Tiada apa lagi yang mampu dirumuskan selain mengakui kekalahan dalam perebutan kerusi Presiden Amerika Syarikat pada pilihan raya negara itu kelmarin sebagai “amat menyakitkan.” - Gambar fail AP
WASHINGTON: Tiada apa lagi yang mampu dirumuskan selain mengakui kekalahan dalam perebutan kerusi Presiden Amerika Syarikat (AS) pada pilihan raya negara itu kelmarin sebagai “amat menyakitkan.”
Itulah yang kini sedang dirasakan Naib Presiden AS, Kamala Harris yang terpaksa akur menerima kelalahannya kepada pesaingnya, Donald Trump.
Dalam e-mel yang dihantar kepada kakitangan kempen Harris, pengurus kempen, Jen O'Malley Dillon menyatakan, Naib Presiden telah berhubung dengan Trump dan memberitahu "beliau akan bekerjasama dengan Presiden [Joe] Biden untuk memastikan peralihan kuasa yang aman, tidak seperti apa yang berlaku pada tahun 2020."
"Kamu telah mengharungi cabaran luar biasa dan halangan yang sebahagian besarnya di luar kawalan kita. Kami tahu ini akan menjadi perlumbaan yang sangat sengit, dan ia memang begitu," kata O'Malley Dillon kepada kakitangan kempen Harris.
Dalam masa sama, beliau mengakui "kekalahan itu teramat menyakitkan" dan "akan mengambil masa yang lama untuk diterima."
Namun, pengurus kempen menegaskan, "usaha melindungi Amerika dari kesan pentadbiran Trump bermula sekarang," dan Naib Presiden "belum selesai dalam perjuangan ini."
Presiden terpilih Trump dijangka mengangkat sumpah pada 20 Januari depan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Kamala Harris kalah
#kekalahan menyakitkan
#Donald Trump
#Pilihan Raya Presiden AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan