awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Keke Challenge': Abu Dhabi arah penangkapan tiga personaliti media sosial

Agensi
Agensi
24/07/2018
06:06 MYT
'Keke Challenge': Abu Dhabi arah penangkapan tiga personaliti media sosial
'Keke Challenge' memerlukan pelakunya keluar dari kereta yang bergerak perlahan, membuka pintu dan menari, dalam keadaan kenderaan masih bergerak. - Gambar hiasan
ABU Dhabi pada Isnin mengarahkan penangkapan tiga personaliti media sosial atas dakwaan membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain apabila melakukan tarian ‘Keke Challenge’.
Menurut Jabatan Kehakiman Abu Dhabi, mereka telah melanggar undang-undang serta menggunakan media sosial untuk mempopularkan budaya yang tidak sesuai dengan nilai dan tradisi masyarakat setempat.
‘Keke Challenge' memerlukan pelakunya keluar dari kereta yang bergerak perlahan, membuka pintu dan menari, dalam keadaan kenderaan masih bergerak.
Undang-undang di Abu Dhabi menetapkan bahawa penyertaan dalam ‘Keke Challenge’ merupakan satu jenayah yang boleh dikenakan hukuman.
Mereka yang melakukannya boleh dipenjara atau didenda di bawah undang-undang trafik persekutuan.
Jabatan itu juga memberi amaran tentang penyebaran fenomena negatif tersebut dan menegaskan bahawa golongan muda harus melibatkan diri dalam kegiatan yang bersesuaian dengan nilai-nilai masyarakat dan menyumbang kepada perkembangan sosial yang lebih positif.
Tarian 'Keke Challenge' dikatakan tercetus selepas pelawak Lil Shuzi menggunakan salah satu baris lirik lagu popular nyanyian Drake, In My Feelings, iaitu "Kiki, do you love me?" untuk mereka satu gerak tarian.
Ia kemudiannya ditularkan sebagai 'Keke Challenge' dan mula mencetuskan kegilaan di seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#Abu Dhabi
#cabaran
#jenayah
#Keke Challenge
#kenderaan
#media sosial
#penjara
#tarian
#trafik
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan