awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan AIFA di WhatsApp alami gangguan sementara 23 Jan - MCMC
PRK Kinabatangan, Lamag: 48,526 pengundi tunai tanggungjawab esok
Ubisoft batalkan enam permainan termasuk 'Prince of Persia', tutup beberapa studio
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekejaman Zionis: Israel fail laporan kepada ICJ mengenai Gaza

Agensi
Agensi
27/02/2024
02:40 MYT
Kekejaman Zionis: Israel fail laporan kepada ICJ mengenai Gaza
Israel memfailkan laporan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mematuhi keputusan sementara mahkamah dunia itu. - Gambar fail REUTERS
ISRAEL memfailkan laporan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mematuhi keputusan sementara mahkamah dunia itu. Sebelum ini, ICJ meminta Israel untuk menghalang tindakan perang di Gaza yang mungkin bersamaan pembunuhan beramai-ramai. Pegawai Israel bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai kandungan laporan itu yang difailkan beberapa jam sebelum tarikh akhir penyerahannya.
Bulan lalu, mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mengarahkan Israel untuk menahan diri daripada sebarang tindakan yang boleh jatuh di bawah Konvensyen Genosid. ICJ turut mengarahkan Israel memastikan tenteranya tidak melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin selepas Afrika Selatan menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai. Israel dan sekutu baratnya menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas. Dalam keputusannya, ICJ berkata, Israel secara khusus perlu mencegah dan menghukum sebarang hasutan awam untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengekalkan bukti berkaitan sebarang dakwaan pembunuhan beramai-ramai di sana. Ia juga berkata, Israel mesti mengambil langkah untuk memperbaiki keadaan kemanusiaan untuk orang awam Palestin di enklaf itu. Keputusan terakhir dalam kes di The Hague boleh mengambil masa bertahun-tahun lamanya. - Agensi
Topic Berkaitan
#Israel
#ICJ
#Palestin
#Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan