awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarkan sendiri vaksin penyelesaian terbaik pastikan bekalan cukup - PM Thailand

Bernama
Bernama
17/06/2021
06:22 MYT
Keluarkan sendiri vaksin penyelesaian terbaik pastikan bekalan cukup - PM Thailand
Mengeluarkan vaksin sendiri adalah penyelesaian jangka panjang terbaik dan perkara ini telah diputuskan oleh Thailand lebih setahun lalu, kata Prayuth Chan o-cha. - Gambar fail AP
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha berkata, penyelesaian jangka panjang terbaik bagi memastikan bekalan vaksin COVID-19 sentiasa mencukupi dalam memerangi wabak ini adalah dengan cara membuatnya sendiri di negara itu.
Beliau berkata, ketika ini, beberapa negara berdepan masalah mendapatkan vaksin kerana pengeluar menghadapi kesulitan, menyebabkan berlaku kelewatan dan kekurangan penghantaran.
Memetik Singapura dan Taiwan sebagai contoh, kedua-dua negara mengakui membeli vaksin dari syarikat antarabangsa menjadi cabaran terbesar dalam menguruskan keadaan.
"Mengeluarkan vaksin kita sendiri adalah penyelesaian jangka panjang terbaik dan perkara ini telah kami putuskan lebih setahun lalu.
"Penyelesaian jangka panjang untuk negara adalah dengan membangunkan kemampuan pengeluaran vaksin tempatan. Ini membolehkan kita memastikan penduduk diberi vaksin selama bertahun-tahun dan selama yang diperlukan.
"Ini adalah keputusan tepat, da saya bagi pihak negara, mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada pakar yang menyarankannya untuk negara kita," katanya ketika berucap pada Rabu malam.
Bagi penyelesaian jangka pendek, Prayuth menambah, menjadi keutamaan kerajaan memastikan setiap penduduk menerima sekurang-kurangnya dos pertama secepat mungkin.
Siam Bioscience Co Ltd, pengeluar biofarmaseutikal pertama dan tunggal di Thailand, telah mula menghasilkan vaksin AstraZeneca COVID-19 untuk negara ini dan Asia Tenggara.
Selain itu, Universiti Chulalongkorn Thailand telah membangunkan calon vaksin RNA (mRNA) COVID-19 yang dinamakan ChulaCov19. Ujian terhadap manusia sudah dimulakan pada Isnin selepas kajian pra-klinikal menunjukkan hasil meyakinkan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#vaksin COVID-19
#Prayuth Chan o-cha
#Perdana Menteri Thailand
#AstraZeneca
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan