NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar 'sekatan maksimum' daripada semua pihak dilaksanakan susulan pembunuhan pegawai tertinggi Hamas, Saleh al-Arouri dalam serangan Israel di Beirut, Lubnan pada Selasa.

Kenyataan dibuat jurucakap bersekutu bagi Setiausaha Agung PBB, Florencia Soto Nino sebagai reaksi kepada kenyataan Setiausaha Agung Hezbollah, Hassan Nasrallah.

Nasrallah sebelum ini menegaskan tindak balas tertinggi akan dilakukan sekiranya Israel melakukan pembunuhan di tanah Lubnan.

"Saya rasa mesej kami kepada semua orang adalah sama iaitu disebabkan ketegangan yang semakin memuncak dan kerapuhan keadaan di rantau ini, kami menyeru agar sekatan maksimum daripada semua pihak.

"Kami tidak mahu apa-apa atau sebarang tindakan terburu-buru yang boleh mencetuskan keganasan selanjutnya,” katanya.

Serangan Israel di Beirut yang membunuh al-Arouri dijangka boleh menandakan peningkatan besar dalam konflik di Asia Barat.

Pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah telah berikrar untuk bertindak balas terhadap mana-mana pihak Irael yang menyasarkan pegawai Palestin di Lubnan.