awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian babi di China mencecah 13,000 ekor

AFP
AFP
18/03/2013
08:47 MYT
Kematian babi di China mencecah 13,000 ekor
Jumlah bangkai babi yang dijumpai di sebatang sungai di Hub Perdagangan Shanghai kini mencecah 13,000 ekor menurut media China yang kini punca masalah tersebut masih menjadi misteri.
Pihak berkuasa Shanghai telah mengeluarkan 9,460 bangkai babi dari Sungai Huangpu semenjak insiden yang bermula awal bulan ini. Kira-kira 22 peratus air sungai tersebut digunakan penduduk setempat sebagai sumber air bersih menurut Shanghai Daily.
Kerajaan tempatan telah menyalahkan peladang di Jianxing di kejiranan Zheijang yang mencampakkan bangkai babi berpenyakit ke dalam sungai tersebut. Agenci berita Xinhua melaporkan 3,601 bangkai telah dikeluarkan setakat ini.
Kerajaan Jiaxing berkata kawasan tersebut bukanlah satu-satunya punca berlakunya kematian haiwan tersebut malah terdapat sebuah pengilang yang telah didapati bersalah.
Pemeriksaan terhadap ladang di daerah barat daya Songjiang itu merupakan lokasi pertama babi tersebut ditemui. Tetapi pihak berkenaan tidak boleh dipersalahkan menurut Shanghai Daily.
Skandal tersebut telah dikaitkan dengan isu keselamatan makanan di China yang merupakan pengeluar daging tertinggi bagi negara tersebut.
Sampel bangkai babi yang dijumpai telah disahkan positif mengandungi 'porcine circovirus' penyakit biasa yang ditemui pada babi tetapi tidak menjangkiti manusia.
"Masalah tersebut berikutan terdapat peladang yang tidak faham mengenai undang-undang, mengamalkan tabiat buruk serta kelemahan terhadap situasi dan rawatan penyakit," menurut Ketua Menteri Pertanian Yu Kangzen.
Yu mengaitkan kadar kematian babi yang tinggi berikutan suasana sejuk musim bunga ini menurut kenyataan yang diterbitkan kementerian pada laman webnya.
Isu bangkai babi itu telah menarik perhatian warga China yang berpendapatan rendah dan bekerja di ladang. Kematian haiwan akibat serangan penyakit boleh menjejaskan bekalan makanan atau pengurusan haiwan yang kurang berkesan.
Pihak berkuasa di Wenling dan Zheijang mengumumkan minggu lalu 46 orang telah dipenjara bagi tempoh enam setengah tahun berikutan memproses dan menjual lebih 1,000 ekor babi berpenyakit.
China pernah berdepan dengan skandal keselamatan makanan terbesar pada 2008 apabila bahan kimia melamin dijumpai di dalam produk tenusu yang telah membunuh sekurang-kurangnya enam bayi dan mengakibatkan kemudaratan kepada 300,000 bayi lagi.
Dalam sebuah insiden baru-baru ini, syarikat makanan segera Amerika KFC berdepan kontroversi apabila terdapat pembekal dari China yang membekalkan ayam yang mengandungi tahap antibiotik yang tinggi.
Topic Berkaitan
#babi di China
#Huangpu
#Jianxing
#porcine circovirus
#Shanghai
#Xinhua
#Zheijang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan