awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian Hassan Nasrallah: Lubnan berkabung tiga hari

Agensi
Agensi
29/09/2024
03:45 MYT
Kematian Hassan Nasrallah: Lubnan berkabung tiga hari
Pada Sabtu, Hizbullah mengesahkan Hassan (gambar) terbunuh dalam serangan udara Israel di Beirut pada Jumaat - Foto fail/ Reuters
BEIRUT: Lubnan mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari susulan kematian pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah yang terkorban dalam serangan Israel di Beirut.
Memetik laporan Al Jazeera, pejabat Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati, dalam satu kenyataan berkata tempoh berkabung secara rasmi bermula pada Isnin, dengan bendera akan dikibarkan separuh tiang di bangunan awam.
Kenyataan itu menambah, pejabat awam juga akan ditutup pada hari pengebumian Hassan, yang juga Setiausaha Agung Hizbullah.
Bagaimanapun, setakat ini Hizbullah belum mengumumkan hari pengebumian Hassan.
Dalam masa sama, Najib menjelaskan negaranya berada di bawah ancaman selepas pembunuhan Hassan, sambil mengutuk serangan udara pada Jumaat yang telah mengorbankan orang awam Lubnan di kawasan Dahiyeh.
Sementara itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen tempatan, Najib menyeru rakyat Lubnan untuk “bersatu menghadapi pencerobohan” ketika negara itu berada di ambang krisis kemanusiaan dan ekonomi.
Hassan, yang telah memimpin Hizbullah selama lebih tiga dekad menjadi sasaran Israel dalam pertempuran yang sengit dengan kumpulan itu..
Pada Sabtu, Hizbullah mengesahkan Hassan terbunuh dalam serangan udara Israel di Beirut pada Jumaat.
Kumpulan itu memaklumkan Hassan terkorban bersama beberapa pejuang lain.
Topic Berkaitan
#Hassan Nasrallah
#Pemimpin Hizbullah terkorban
#kekejaman israel
#Lubnan berkabung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan