awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian Matthew Perry disebabkan ketamin - Koroner

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2023
00:00 MYT
Kematian Matthew Perry disebabkan ketamin - Koroner
Mendiang paling dikenali dengan watak Chandler Bing dalam siri sitkom popular Friends. - Foto Facebook/Matthew Perry
LOS ANGELES: Pegawai kesihatan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mengesahkan punca kematian pelakon Hollywood, Matthew Perry adalah akibat kesan sampingan ketamin.
Bintang berkenaan ditemui tidak sedarkan diri dalam kolam renang di rumahnya di Los Angeles pada Oktober lalu, namun pemeriksaan bedah siasat pada ketika itu tidak membawa kepada sebarang keputusan.
Lemas telah disenarai sebagai antara sebab punca kematian.
Antara faktor lain yang dikesan sebagai punca kematian pelakon berusia 54 tahun itu adalah penyakit jantung dan kesan sampingan buprenorphine, yang digunakan untuk merawat ketagihan opioid.
Mendiang paling dikenali dengan watak Chandler Bing dalam siri sitkom popular Friends.
Siri komedi itu mengisahkan tentang enam rakan muda yang tinggal di New York dan disiarkan dari tahun 1994 sehingga 2004.
Episod terakhirnya ditonton oleh 52.5 juta rakyat AS, menjadikan ia episod TV paling ditonton pada tahun 2000-an.
Perry pada ketika itu dilaporkan mengalami masalah ketagihan terhadap ubat tahan sakit dan minuman keras.
Mendiang turut menghadiri sesi pemulihan di klinik beberapa kali.
Topic Berkaitan
#Matthew Perry
#punca kematian
#kesan sampingan ketamin
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan