awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian pertama akibat selesema burung dilaporkan di AS

Bernama
Bernama
07/01/2025
04:10 MYT
Kematian pertama akibat selesema burung dilaporkan di AS
Pesakit itu dimasukkan ke hospital dengan kes pertama jangkitan selesema burung yang sangat patogenik membabitkan manusia. - Gambar hiasan
LOS ANGELES: Seorang pesakit di negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS) menjadi individu pertama meninggal dunia akibat selesema burung atau H5N1 di negara itu, kata pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.
Jabatan Kesihatan Louisiana dalam satu kenyataan media mengesahkan bahawa pesakit itu dimasukkan ke hospital dengan kes pertama jangkitan selesema burung yang sangat patogenik membabitkan manusia.
Menurut jabatan itu, pesakit berusia lebih 65 tahun dan dilaporkan mempunyai masalah kesihatan sedia ada. Pesakit dijangkiti H5N1 selepas terdedah kepada kawanan unggas di kawasan belakang rumah dan burung liar.
Jabatan itu menyatakan bahawa pesakit itu kekal sebagai satu-satunya kes H5N1 membabitkan manusia di negeri tenggara AS berkenaan dan siasatan kesihatan awam secara meluas jabatan itu tidak menemukan kes H5N1 tambahan mahupun bukti penularan daripada manusia ke manusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#selesema burung
#Amerika Syarikat
#kes kematian
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan