Kematian tokoh pembangkan Venezuela dalam tahanan disfat 'keji', kata AS

Kematian Daz menyebabkan kebimbangan baru terhadap hak asasi manusia di Venezuela. - Foto REUTERS
CARACAS: Amerika Syarikat (AS) mengecam kematian seorang tokoh pembangkang Venezuela dalam tahanan sebagai satu tindakan “keji”, sambil menuduh kerajaan Presiden Nicolás Maduro terus menindas suara pembangkang dalam negara itu.
Ringkasan AI
- Amerika Syarikat mengutuk kematian tokoh pembangkang Venezuela, Alfredo Daz, dalam tahanan sebagai tindakan "keji" dan menuduh kerajaan Maduro menindas suara pembangkang.
- Beliau adalah individu keenam yang dilaporkan meninggal dunia dalam tahanan sejak November 2024, dengan butiran penahanannya tidak didedahkan secara rasmi.
- Kematian Daz menyebabkan kebimbangan baru terhadap hak asasi manusia di Venezuela, sementara ketegangan antara Caracas dan Washington meningkat disebabkan tindakan AS hantar armada kapal perang ke Laut Caribbean.
Dalam satu kenyataan keras, pentadbiran Presiden Donald Trump menyifatkan kematian Díaz sebagai “satu lagi bukti kekejaman rejim Maduro” dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan tekanan terhadap Caracas.
“Ini adalah tindakan keji yang mencerminkan kezaliman berterusan terhadap rakyat Venezuela yang memperjuangkan demokrasi,” kata jurucakap Jabatan Negara AS.
Sementara itu, kerajaan Venezuela mengesahkan kematian Díaz pada Ahad, namun tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai punca kematian.
Dalam masa yang sama, tentera Venezuela dilaporkan telah melaksanakan upacara angkat sumpah bagi ribuan rekrut baharu, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pertahanan negara.
Ketegangan antara Caracas dan Washington terus memuncak selepas AS menghantar armada kapal perang dan kapal induk terbesar dunia ke Laut Caribbean, kononnya bagi memerangi penyeludupan dadah.
Washington turut menuduh Maduro mengetuai “Kartel Matahari” yang baru-baru ini diisytiharkan sebagai organisasi pengganas oleh AS.
Setakat ini, lebih 880 tahanan politik masih ditahan di Venezuela, menurut kumpulan hak asasi manusia tempatan.
Kematian Díaz mencetuskan kebimbangan baharu terhadap keadaan hak asasi manusia di negara itu, menjelang pilihan raya umum yang dijangka berlangsung tahun hadapan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


