awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja dakwa Thailand guna bom kluster, libat jenayah perang

Astro Awani
Astro Awani
25/07/2025
09:20 MYT
Kemboja dakwa Thailand guna bom kluster, libat jenayah perang
Kerajaan Kemboja dakwa Thailand guna bom kluster dalam serangan udara dan artileri di wilayah Preah Vihear. -Gambar fail/Reuters
PHNOM PENH: Kerajaan Kemboja menuduh Thailand melakukan jenayah perang susulan dakwaan penggunaan bom kluster dalam serangan udara dan artileri di wilayah Preah Vihear, menurut kenyataan rasmi pihak berkuasa pelucutan senjata negara itu.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Kemboja menuduh Thailand melakukan jenayah perang kerana didakwa menggunakan bom kluster dalam serangan udara dan artileri di wilayah Preah Vihear, yang membahayakan orang awam dan pasukan pelucutan bom.
  • Kemboja mendakwa serangan terkoordinasi melibatkan tujuh lokasi dengan penggunaan senjata berat, jet pejuang F-16 dan bom kluster, yang dianggap melanggar undang-undang antarabangsa.
  • Kemboja menyeru PBB, ASEAN dan badan antarabangsa lain untuk campur tangan, walaupun kedua-dua negara bukan pihak kepada Konvensyen 2008 Mengenai Bom Kluster; Thailand belum memberi kenyataan rasmi.

Pihak Cambodian Mine Action and Victim Assistance Authority (CMAA) berkata senjata tersebut digunakan pada awal pagi Jumaat di kawasan Phnom Khmouch dan Kampung Techo Thammachart, berhampiran sempadan Thailand-Kemboja, sekali gus membahayakan nyawa orang awam dan pasukan pelucutan bom yang bertugas.
“Penggunaan bom kluster adalah pelanggaran serius terhadap norma kemanusiaan antarabangsa.
"Senjata ini menyebabkan kemusnahan meluas dan ancaman berpanjangan, khususnya kepada kanak-kanak,” kata CMAA dalam kenyataan media.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Leftenan Jeneral Maly Socheata, turut menuduh Thailand melancarkan serangan terkoordinasi ke atas tujuh lokasi di Preah Vihear menggunakan senjata berat, jet pejuang F-16 dan bom kluster, yang disifatkan sebagai tindakan kejam dan melanggar undang-undang antarabangsa.
Kemboja menyeru agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ASEAN dan badan antarabangsa lain memantau situasi dengan teliti dan mendesak Thailand menghentikan penggunaan senjata yang diharamkan di bawah Konvensyen 2008 Mengenai Bom Kluster, meskipun kedua-dua negara bukan pihak kepada perjanjian tersebut.
Thailand, setakat ini, belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.
Namun, dalam konflik sempadan pada 2011, Bangkok pernah mengakui penggunaan bom kluster di kawasan berhampiran Kuil Preah Vihear.
Topic Berkaitan
#CMAA
#konflik Thailand-Kemboja
#Cambodian Mine Action and Victim Assistance Authority
#bom kluster
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan