awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja raih AS$2.87 bilion hasil eksport pertanian

Bernama
Bernama
19/07/2025
20:30 MYT
Kemboja raih AS$2.87 bilion hasil eksport pertanian
Antara hasil pertanian utama yang dieksport termasuk beras, getah, ubi kayu, mangga, pisang, lada, gajus, longan, jagung dan minyak sawit. - Gambar hiasan/Freepick
PHNOM PENH: Kemboja memperoleh hasil keseluruhan berjumlah AS$2.87 bilion daripada eksport produk pertanian dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, menurut laporan Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan yang dikeluarkan pada Sabtu, lapor Xinhua.
Negara itu mengeksport sebanyak 7.83 juta tan hasil pertanian, meningkat lebih 27 peratus berbanding 6.13 juta tan yang dieksport dalam tempoh sama tahun lalu, menurut laporan itu.
Antara hasil pertanian utama yang dieksport termasuk beras, getah, ubi kayu, mangga, pisang, lada, gajus, longan, jagung dan minyak sawit.
Pertanian merupakan antara empat tonggak utama yang menyokong ekonomi Kemboja, selain industri pakaian, pelancongan dan pembinaan.
Setiausaha Bahagian Kementerian Pertanian Kemboja, Im Rachna berkata, China antara pasaran utama bagi hasil pertanian negara itu.
"Pembelian hasil pertanian kami oleh China dan negara sahabat lain telah menyumbang besar kepada pembangunan sektor pertanian Kemboja, dan memberikan manfaat besar kepada rakyat kami, khususnya para petani," katanya kepada Xinhua baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kemboja
#eksport
#produk pertanian
#beras
#Getah
#ubi kayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan