KHARTOUM: Kementerian Luar Sudan menolak cadangan Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) untuk menempatkan pasukan pengaman di negara itu bagi menghentikan pertempuran antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).
Dalam satu kenyataan pada Selasa, kementerian itu mengecam sebarang percubaan untuk mengerahkan pasukan pengaman di Sudan dan memberi amaran bahawa tindakan itu dianggap sebagai menceroboh.
"Kenyataan akhir Kuartet (IGAD) (di sidang kemuncak IGAD di Addis Ababa) untuk mempertimbangkan kemungkinan mengerahkan pasukan pengaman melindungi orang awam dan memastikan aliran bantuan kemanusiaan.
"Dalam hal ini, kerajaan Sudan menegaskan bahawa bantuan kemanusiaan yang disediakan oleh badan antarabangsa telah disalurkan dan sampai kepada mereka yang memerlukan dan kerajaan Sudan tetap berusaha untuk meringankan penderitaan rakyat dan mengatasi semua kekangan dalam hal ini.
"Dengan ini kerajaan Sudan mengesahkan enggan menerima penempatan mana-mana tentera asing ke Sudan dan akan menganggap mereka sebagai penceroboh," menurut kementerian itu, lapor Agensi Anadolu.
Kenyataan itu turut menyelar ucapan Presiden Kenya William Ruto dan Perdana Menteri Ethiopia Abiy Ahmed pada sidang kemuncak IGAD yang menggesa penempatan tentera serta mengisi jurang keselamatan dan kepimpinan di Sudan akibat pertempuran yang berterusan.
"Kehadiran delegasi Sudan ke Addis Ababa sebelum permulaan mesyuarat dan hubungannya terlebih dahulu dengan penganjur mesyuarat mengesahkan hasrat Sudan untuk melibatkan diri dalam mencari penyelesaian kepada krisis semasa. Apa yang dinyatakan dalam kenyataan akhir Kuartet mengenai ketiadaan delegasi kami adalah tidak tepat dan tidak realistik.
"Demi kredibiliti, dijangkakan kenyataan Kuartet menunjukkan bahawa tiada penyertaan delegasi kerajaan Sudan adalah disebabkan oleh bantahan yang jelas terhadap jawatan presiden Kuartet Presiden William Ruto," menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Kepulan asap kelihatan di atas bangunan selepas kejadian pengeboman udara semasa pertempuran antara RSF dan dan tentera di Khartoum Utara, Sudan, 1 Mei 2023. - REUTERS
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Kementerian Luar Sudan tolak cadangan tempatkan pasukan pengaman
Kementerian itu mengecam sebarang percubaan untuk mengerahkan pasukan pengaman di Sudan dan memberi amaran bahawa ia tindakan menceroboh.