DUNIA
Kempen intimidasi: Persatuan peguam Amerika saman pentadbiran Trump

Saman oleh ABA Saman bagi menghalang apa yang disifatkan sebagai kempen intimidasi oleh pentadbiran Trump terhadap firma guaman utama di negara itu. - Foto Reuters
WASHINGTON: Persatuan Peguam Amerika (ABA) memfailkan saman di mahkamah persekutuan di Washington, D.C. pada Isnin bagi menghalang apa yang disifatkan sebagai kempen intimidasi oleh pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap firma guaman utama di negara itu, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Persatuan Peguam Amerika (ABA) menyaman pentadbiran Trump atas dakwaan intimidasi terhadap firma guaman dan usaha mengehadkan peranan ABA dalam sistem kehakiman.
- Ketegangan memuncak selepas pemotongan dana persekutuan dan cubaan mengehadkan pengaruh ABA dalam penilaian pencalonan hakim persekutuan, satu tradisi lama yang dihormati.
- Empat firma guaman turut memfailkan saman berasingan, mencabar tindakan pentadbiran yang membatalkan kelulusan keselamatan dan menamatkan kontrak mereka.
Tuntutan itu menandakan peningkatan ketegangan antara ABA dan pentadbiran Trump, yang sebelum ini memotong dana persekutuan kepada persatuan berkenaan serta cuba mengehadkan peranannya dalam menilai pencalonan hakim persekutuan -- satu tradisi yang telah lama diamalkan.
Empat firma guaman turut memfailkan saman berasingan bagi mencabar arahan pentadbiran yang membatalkan kelulusan keselamatan mereka serta menamatkan kontrak persekutuan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami