Kempen pilihan raya Presiden Indonesia yang mempertembungkan gabenor Jakarta dengan bekas ketua tentera republik itu secara rasminya bermula hari ini.
Pemilihan yang dijadual berlangsung pada 9 Julai itu meletakkan pilihan antara gabenor Joko 'Jokowi' Widodo yang didukung oleh Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P) dengan bekas jeneral, Prabowo Subianto yang mendapat dukungan empat parti politik.
Tinjauan pendapat setakat ini menunjukkan Jokowi, 52, sebagai calon pilihan. Bagaimanapun ada petunjuk Prabowo, 62, yang juga menantu kepada bekas Presiden Indonesia, Suharto, sedang merapatkan jurang.
Kedua-dua calon pada Selasa berikrar akan melakukan kempen yang bersih. Ikrar itu dibuat ketika kempen tidak rasmi yang bermula sejak kedua-dua calon dinamakan oleh parti masing-masing mula menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.
Antaranya, Jokowi dituduh bukan beragama Islam dan merupakan keturunan etnik Cina. Tuduhan itu dilihat usaha untuk menjarakkan beliau daripada majoriti rakyat Indonesia yang beragama Islam.
Prabowo pula dilemparkan tuduhan sebagai warganegara Jordan. Bekas ketua tentera itu melarikan diri selepas kejatuhan Suharto pada Mei 1998 dan menjadi tetamu kepada Raja Abdullah di Jordan.
Prabowo yang mempunyai rekod kontroversi selama beliau jadi tentera didakwa terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia di Timor Leste yang diduduki oleh Indonesia sehingga 1999.
Beliau juga menerima tanggungjawab terhadap kehilangan beberapa orang penentang rejim Suharto yang dipercayai diculik pada hari-hari terakhir kepimpinan bekas Presiden itu. Prabowo dilucutkan daripada jawatan pada 1998.
Jokowi hari ini memulakan kempennya di Papua manakala calon naib presidennya, Jusuf Kalla menggerakkan kempen di Acheh.
"Kami melancarkan kempen di Papua dan Aceh untuk mejangkau seluruh nusantara," kata Jusuf seperti dipetik oleh portal berita detik.com.
Kempen Jokowi di Papua akan diiringi oleh ketua PDI-P yang juga bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri. Dari Papua, Jokowi akan bergerak ke Sumatera Utara dan kepulauan Riau.
Kalla pula diiringi oleh pengerusi Parti Nasional Demokrat, Surya Paloh akan bergerak ke beberapa daerah di Sumatera dan Sulawesi. Selain NasDem, mereka didukung oleh Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) dan Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura).
Pasangan Prabowo dan calon naib presidennya, Hatta Rajasa juga melancarkan kempen secara berasingan. Prabowo memulakan kempen hari pertamanya dengan menyampaikan pidato di Banjarmasin manakala Hatta memulakan kempen dengan menghadiri majlis anjuran sebuah badan agama dari Lombok.
Pasangan Prabowo-Hattayang didukung oleh Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerinda) mendapat sokongan daripada pakatan yang dibentuk bersama Parti Golkar dan tiga parti Islam iaitu Parti Amanat Nasional (PAN), Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan Partik Keadilan Sejahtera (PKS).
Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia (KPU) sebelum ini mengumumkan Prabowo-Hatta disenarai sebagai calon nombor satu manakala pasangan Jokowi-Kalla calon nombor dua dalam urutan pada kertas undi.
Sementara itu, Lembaga Survei Indonesia meramalkan tujuh daerah yang akan jadi 'kawasan panas" yang akan menentukan kalah menang calon yang bertanding.
Tujuh wilayah itu ialah Banten, Jawa Tengah, Jawa Timur, Jakarta, Sumatera Utara, Sulawesi Selatan dan Jawa Barat.
Penganalisis Rully Akbar berkata seluruh wilayah itu mewakili 70 peratus daripada jumlah pengundi yang layak membuat pemilihan pada pilihan raya kali ini.
"Mereka yang memenangi suara pemilih di tujuh daerah tersebut akan menjadi presiden dan naib presiden terpilih," katanya seperti dipetik oleh Antara.
Beliau menambah kedua-dua pasangan calon itu bersaing rapat di hampir kesemua tujuh daerah itu.
Agensi
Wed Jun 04 2014
Pemilihan Presiden Indonesia dijadual berlangsung 9 Julai
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Kempen pilihan raya Presiden Indonesia bermula
Pemilihan yang dijadual berlangsung pada 9 Julai itu meletakkan pilihan antara gabenor Joko 'Jokowi' Widodo dengan bekas jeneral, Prabowo Subianto.