DUNIA
AS kenakan sekatan terhadap pusat penipuan dalam talian di Asia Tenggara

Marco Rubio berkata Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) Jabatan Perbendaharaan mengenakan sekatan ke atas sembilan sasaran yang terlibat dalam operasi di pusat penipuan Shwe Kokko di Myanmar. - Reuters
ISTANBUL: Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengenakan sekatan terhadap operasi penipuan dalam talian di Asia Tenggara yang menyebabkan rakyatnya kerugian sekurang-kurangnya AS$10 bilion pada 2024, lapor Anadolu Ajansi.
Setiausaha Negara AS Marco Rubio berkata Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) Jabatan Perbendaharaan mengenakan sekatan ke atas sembilan sasaran yang terlibat dalam operasi di pusat penipuan Shwe Kokko di Myanmar, yang didakwa beroperasi di bawah perlindungan Tentera Nasional Karen (KNA), sebuah kumpulan bersenjata etnik di tenggara Myanmar.
Selain itu, OFAC turut mengenakan sekatan ke atas empat individu dan enam entiti yang mengendalikan kem buruh paksa di Kemboja. AS mendakwa pekerja di kem berkenaan dipaksa melakukan penipuan pelaburan mata wang kripto yang menyasarkan mangsa di AS, Eropah, China dan negara lain.
"Pelaku jenayah di seluruh Asia Tenggara semakin mengeksploitasi kelemahan rakyat Amerika dalam talian," kata Rubio.Semua harta dan kepentingan individu yang dikenakan sekatan di AS atau yang dikawal oleh warga AS kini dibekukan. Entiti yang dimiliki 50 peratus atau lebih oleh individu yang disekat juga dikenakan sekatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami