awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenapa tembikai jadi lambang solidariti buat Palestin?

Gempak
Gempak
04/11/2023
04:15 MYT
Kenapa tembikai jadi lambang solidariti buat Palestin?
Emoji atau gambar tembikai digunakan sebagai lambang bendera Palestin kerana apabila dipotong, isi buah tersebut kelihatan seperti warna bendera negara tersebut. -Gempak
PERANG antara Israel dan Palestin masih berterusan. Lebih 9,000 nyawa tidak bersalah terkorban sejak rejim zionis mengebom Semenanjung Gaza setelah perang bermula pada 7 Oktober lalu.
Selain banyaknya suara pesohor dan selebriti digunakan untuk mengutuk lalu menyampaikan tanda solidariti terhadap Palestin, ada juga pendekatan unik yang muncul lalu menjadi trending di media sosial.
Ia adalah penggunaan emoji buah tembikai. Tapi apa kaitannya solidariti terhadap Palestin dengan tembikai?
Secara ringkasnya, penggunaan tembikai adalah lambang protes selama perang enam hari yang terjadi pada tahun 1967 di antara Israel dengan negara-negara Mesir, Syria, dan Jordan.
Pemerintah Israel melarang bendera Palestin dikibarkan di dalam kawasan membatasi nasionalisme Palestin dan Arab. Ia juga menjadi jenayah untuk mengibarkan bendera Palestin di tempat umum.
Larangan tersebut langsung tidak membunuh semangat mereka yang sentiasa menyokong Palestin.
Lalu emoji atau gambar tembikai digunakan sebagai lambang bendera Palestin kerana apabila dipotong, isi buah tersebut kelihatan seperti warna bendera negara tersebut.
Latar buah tembikai berwarna merah, biji hitam, sedikit putih dan hijau pada kulitnya saling tidak tumpah seperti bendera Palestin sehingga ia menjadi alternatif buat penyokong negara malang itu ‘mengibarkan’ bendera mereka penuh megah.
Selain itu buah tembikai ditanam secara meluas di seluruh wilayah Palestin dari Jenin hingga ke Gaza dan dikatakan melambangkan budaya serta identiti negara.
Dunia semakin cakna mengenai kaitan tembikai dengan bendera Palestin selepas seorang artis, Khaled Hourani mengasingkan satu cetakan dari hasil karyanya,
The Story of the Watermelon untuk sebuah buku bertajuk Subjective Atlas of Palestine iaitu The Colors of the Palestinian Flag. -Gempak
Topic Berkaitan
#bendera Palestin
#emoji buah tembikai
#Perang Palestin-Israel
#rejim Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan