awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan lenyap dalam lima minit dek salji tebal

Agensi
Agensi
19/12/2017
07:35 MYT
Kenderaan lenyap dalam lima minit dek salji tebal
Ribut salji di kota Norilsk, Rusia baru-baru ini adalah yang paling dahsyat pernah berlaku dalam beberapa tahun ini. Penduduk terpaksa menempuh kesejukan dan salji tebal dalam kegelapan kerana matahari dijangka tidak akan terbit buat beberapa minggu.
Ribut salji yang berterusan di kota Norilsk, Rusia menyebabkan kenderaan dan kediaman penduduk tertimbus salji hanya dalam masa lima minit.
Malah ada gambar menunjukkan salji tebal yang melanda kota Artik tersebut mencecah setinggi aras kedua rumah pangsa.
Flower shop in Norilsk, Russia pic.twitter.com/cG7coRkbkO
— English Russia (@EnglishRussia1) December 12, 2017
Kota yang disifatkan sebagai tempat paling sejuk di dunia itu kini sedang mengalami malam polar yang mana matahari tidak akan terbit buat sekurang-kurangnya enam minggu.
Menurut sumber, penduduk Norilsk yang berada dalam kesejukan dan kegelapan melampau itu terpaksa mengharungi ribut salji yang dikatakan paling dahsyat pernah berlaku.
Warga tempatan merungut kerana jalan raya yang biasa mereka gunakan kini hilang sama sekali dek timbunan salji tebal.
Pasukan penyelamat kini sangat terdesak walaupun mereka sudah biasa bekerja dalam keadaan salji yang teruk.
Kota Norilsk terkenal dengan kebolehannya menempuh musim sejuk yang melampau tetapi minggu ini menyaksikan penduduk diuji dengan suhu serendah -27 darjah celsius.
Ada yang terpaksa menggali salji setebal empat meter untuk mencapai pintu rumah.
Walau bagaimanapun, ada juga penduduk yang mengambil kesempatan untuk bermain dengan timbunan salji di kota seramai 175,000 itu, lapor The Siberian Times.
Woooow, #SnowStorm impacted #Norilsk, #Russia on the 16th December. This was the aftermath of the snow... #severeweather #extremeweather #blizzard source; @worlds_weather pic.twitter.com/QdU1vRVkG5
— WEATHER/ METEO WORLD (@StormchaserUKEU) December 18, 2017
Suhu di kota banduan era Soviet itu pernah mencecah serendah -55 darjah celsius.
Topic Berkaitan
#artik
#Norilsk
#ribut salji
#Rusia
#salji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan