awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan ROV temui ikan kepala lut sinar

Sinar Harian
Sinar Harian
11/12/2021
23:18 MYT
Kenderaan ROV temui ikan kepala lut sinar
Seekor ikan yang mempunyai kepala lut sinar ditemui di Teluk Monterey, California baru-baru ini. - Foto MBARI
LOS ANGELES: Sebuah kenderaan kendalian jauh (ROV) merakamkan video seekor ikan yang memiliki kepala lut sinar sehingga menampakkan bahagian isi dalamannya dan memiliki sepasang mata bercahaya di Teluk Monterey, California, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Ia berjaya dikesan oleh Institut Penyelidikan Akuarium Teluk Monterey (MBARI) dengan menggunakan ROV pada kedalaman kira-kira 609.6 meter di teluk tersebut yang terletak di luar pantai California.
Ikan itu mempunyai dua lekukan kecil di belakang mulut.
Pada kebiasaannya, panjang hidupan laut itu adalah lebih 15 sentimeter.
Kedua-dua mata hidupan laut itu berwarna hijau bercahaya dan memandang ke atas bagi membolehkan ia mengesan kuantiti maksimum cahaya dalam satu arah.
Ikan itu mempunyai deria penglihatan yang begitu kuat hasil daripada persekitaran yang mana tiada cahaya matahari boleh sampai kepada kedalaman lebih 600 meter.
Hidupan laut itu dikenali sebagai ikan barreleye di AS.
Penyelidik percaya mata hidupan laut itu mungkin telah membangunkan satu bentuk penapis cahaya yang membolehkan ikan tersebut mengabaikan cahaya matahari dan membolehkan ia melihat bioluminesensi ikan kecil serta ubur-ubur iaitu makanan kegemarannya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#ikan
#kepala lut sinar
#ROV
#Teluk Monterey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan