Satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) berhubung cadangan kadar tol baru Tambak Johor adalah didapati palsu.

Kenyataan media yang menggunakan logo dan kepala surat LTA itu mula tersebar luas melalui laman sosial media sejak semalam dan diberitakan dihantar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kenyataan palsu itu turut menyenaraikan kadar tol baharu yang akan melibatkan pengguna tol Tambak Johor berkuatkuasa 15 September ini.

Jurucakap dari LTA hari ini mengesahkan pihak berkuasa itu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar berhubung harga tol baru Tambak Johor seperti yang disebarkan.

Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan berhubung kadar tol baharu akan dikeluarkan oleh LTA.

Dalam laporan awal menyebut bahawa kerajaan Singapura akan menyesuaikan pelaksanaan tol baharu dan kenaikan kadar tol Tambak Johor dalam masa terdekat.

Sebuah akhbar Inggeris melaporkan yang kerajaan Singapura sedang menyiasat perkara itu.