EFREN CORNESSA merupakan seorang paling sederhana yang anda boleh temui.
Bertabah dan sentiasa bersenyum, individu yang berusia 61 tahun ini sedang bertarung dengan penyakitnya.
Apabila penyakit tekanan darah tinggi Efren menghalangnya untuk bekerja lama di bawah matahari, beliau terpaksa bekerja sebagai penyapu sampah – setiap pagi antara jam 4 hingga 6 pagi – di jalan-jalan di Bandar Talisay yang terletak di kepulauan Negros, Filipina.
Talisay (dipanggil ‘Talisay Negros Occidental’ secara rasmi) adalah sebahagian daripada perkembangan yang dijalankan di kawasan metropolitan ‘Metro Bacolod’.
Pertama kali saya bertemu dengan Efren adalah pada November lalu. Beliau pada masa itu sedang menguruskan sebuah ‘sari-sari’ (kedai runcit) di hadapan rumahnya – sentiasa ke pasar borong tempatan untuk menambahkan bekalannya.
Penuh dengan keazaman dan kebahagiaan, Efren berasa gembira apabila bersembang mengenai kenangannya sebagai buruh kasar apabila melawati jalan-jalan sempit di kawasan desa sekitar Bacolod.
Kepulauan Negros adalah kawasan gula. Landskap ini dipenuhi dengan tanaman tebu sejauh mata dapat melihat. Pada musim penuaian, trak-trak besar bermuatan penuh yang sedang mengangkut hasil-hasil tanaman ke kilang boleh dilihat di jalan raya.
Reformasi tanah – atau kegagalannya – sudah menjadi ciri kehidupan di luar bandar Negros, turut didominasi oleh hacienda-hacienda yang besar.
Pada masa dahulu, perladangan luas ini dikerjakan oleh beratus-ratusan, malah cecah beribu-ribuan para buruh pertanian – sebahagian adalah pekerja tetap manakala yang lain merupakan pekerja sementara yang mengikut musim, juga dikenali sebagai ‘sacada’. Walau bagaimanapun, zaman kegemilangan telah lama berlalu.
Tebu tempatan sukar bersaing dengan sirap jagung yang diimport. Keadaan industri tebu pada masa kini mengakibatkan kekurangan peluang-peluang pekerjaan – kebanyakan mereka yang ditamatkan pekerjaan tidak mempunyai prospek besar untuk bekerja di bidang lain.
Pasukan ‘Ceritalah’ saya telah sentiasa melawat Efren dan keluarganya sejak September tahun lepas – dua bulan selepas Rodrigo Duterte merangkap jawatan presidennya pada Jun 2016.
Efren, isterinya Evelyn dan empat orang anak-anaknya merupakan pengundi klasik Duterte – miskin, tidak mempunyai tanah namun kuat bekerja. Sesungguhnya, Efren kekal menjadi penyokong kuat atas peperangan terhadap dadah yang dikendalikan Duterte.
Beliau mula bekerja semasa berusia 14 tahun. Pada enam tahun yang pertama, beliau ditugaskan mencabut lalang dengan menggunakan sebuah instrumen kecil - satu objek yang disimpan hingga kini sebagai kenangan di kediaman beliau.
Bapa dan datuknya pada suatu ketika dahulu telah bekerja di hacienda yang sama; iaitu 30 minit dari bandar.
Keluarga Efren telah bermastautin di tanah yang sama tanpa membayar sewa selama empat generasi: sebahagian daripada rangkaian hubungan yang wujud antara para pekerja dan majikan pada kawasan yang berciri separuh-feudal ini.
Namun, anak-anak Efren telah berjaya bagi meningkatkan status kehidupan mereka. Anak perempuan sulungnya, Emy telah mendirikan rumah tangga bersama Neil, seorang jurutera di kilang pemprosesan tebu. Mereka mempunyai seorang anak perempuan.
Ramiel pula menjual lauk-pauk di restoran tempatan manakala Efren Junior penuntut jurusan Sains Komputer di Universiti Teknologi Filipina. Anak bongsu beliau, Janry, ialah seorang pelajar sekolah menengah atas.
Tetapi kini, Efren dipaksa untuk meninggalkan sekeping tanah kecil yang telah menjadi kediaman keluarganya.
Tuan tanah hacienda telah menawarkan beliau sekeping tanah alternatif: lebih kurang tujuh atau lapan kilometer dari pekan.
Lokasi tersebut sangat terpencil dan tidak mempunyai bekalan elektrik ataupun air. Meskipun Efren mempunyai anak-anak yang agak berjaya, beliau tidak mampu untuk membina sebuah rumah baharu di atas tanah tersebut.
Evelyn, yang merupakan seorang graduan universiti, lebih keberatan dengan situasi itu.
Pada lawatan kami pada kali pertama, Evelyn masih lagi menetap di Talisay. Namun kini, enam bulan kemudian, Evelyn bekerja sebagai pembantu rumah di Manila kerana kesempitan wang bagi menyara Efren.
Keluhannya ketara. Lebih-lebih lagi semenjak Efren terpaksa menyapu sampah untuk hidup: “Kami tidak mempunyai wang untuk berpindah ke tempat baharu. Saya hanya mampu melihat sahaja kemusnahan rumah yang kami bina. Tiada lagi pekerjaan di Bacolod. Kami harus berhijrah ke Manila.”
Apabila ditanya jika dasar Presiden Duterte telah meningkatkan taraf hidup di daerah-daerah luar, jawapan Evelyn tidak meyakinkan: “Langsung tiada kemajuan di Bacolod! Tiada sebarang perubahan. Dasar Duterte sama sekali tidak memberi bantuan kepada saya atau kepada sesiapa di kejiranan saya. Duterte tidak sepatutnya hanya memberi tumpuan terhadap gejala dadah. Beliau harus menyelesaikan masalah kemiskinan.”
Duterte merangkap kuasa atas perjanjiannya untuk meningkatkan taraf hidup keluarga-keluarga miskin seperti keluarga Efren. Dasar baru beliau, Program Pembangunan Filipina 2017-2022 berhasrat untuk mengurangkan kemiskinan di kawasan-kawasan pedalaman kepada 20% menjelang tahun 2022 daripada 30% pada tahun 2015.
Berdasarkan khabar, projek-projek infrastruktur di luar Metro Manila akan diberikan prioriti. Pada bulan lepas, Duterte berjanji untuk mengerakkan semula reformasi tanah; bukan sahaja pemberian tanah kepada para petani, malah benih serta baja.
Sebanyak 2 bilion peso (RM176 juta)daripada peruntukan nasional telah diagihkan untuk pengairan percuma.
Namun, keperitan hidup yang dialami oleh keluarga Efren menunjukkan bahawa pelaksanaan dasar-dasar ini tidak cukup pantas.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, Duterte merangkap kuasa atas sokongan daripada orang-orang seperti mereka.
Sembilan bulan setelah beliau menjadi presiden, penyokong-penyokongnya – termasuklah penyokong tegarnya – masih belum merasakan penambahbaikan yang dijanjikan. Selepas memberikan harapan yang tinggi, Duterte kini harus berlumba untuk menyampaikan perubahan.
Karim Raslan
Thu Mar 23 2017
Pada masa menuai, trak dengan muatan berlebihan membawa potongan tebu yang masih segar ke kilang. - Foto: Karim Raslan
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.